Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 1 Disember 2012

Semalam Najib berdoa,hari ini Rosmah tadah tangan lebih besarrrr...

Baru saja semalam selesai Najib terjerit terlalak membaca doa sepenuh jiwa di hari terakhir PAU 2012 di dewan PWTC...

Macam-macam  Najib minta dalam doa-nya...tapi Najib lupa mendoakan orang yang kerap berdamping dengan-nya,dengan rambut terjojol Rosmah tergedik-gedik bersenamrobot konon-nya di Dataran Putrajaya pagi tadi...... hahaha....


Gambar kiri- Najib menadah tangan membacakan doa semasa #PAU2012 ...
Gambar Kanan - Rosmah pun tadah tangan lagi besar....tapi menari di Dataran Putrajaya  pagi  tadi..hahaha...



Jumaat, 30 November 2012

Najib bongkar maksud PAU - PAU semalam


Ini maksud yang sebenar PAU...
Perhimpunan Ampunkan UMNO
dari
Perdana menteri Akhir UMNO 


PAU - PAU.....hahaha....

Khamis, 29 November 2012

Selamat bersara Ustax Kazim Elias

Dah 40 tahun umur saya,tua dah...patut berehat dah..cukup-cukup sudah cukup sampai disini saja.. - FB Kazim 

Cukuplah...cukuplah sampai disini saja Kazim....memang patut berehat...memang patut berhenti dan teramat patut bersara....

Ramai yang bersyukur kalau ustax Kazim Elias nak berhenti dari kerja-kerja membodek dan mengampu UMNO.

Ramai dah tahu selama ini Kazim nampak macam tak sokong mana-mana parti politik,tapi hakikatnya dalam diri-nya penuh dengan sifat keUMNOan, siapa yang ikut siri ceramah Kazim akan tahu sifatnya yang amat bangga dengan jalanraya,masjid dan surau yang kata Kazim "Semua tu UMNO yang buat"...hahaha.

Orang kat Batu Kurau Perak  pun ramai yang suka kalau Ustax Kazim berhenti dari berkerjasama dengan puak Syaitan yang Dikenali.
Kazim berhasrat nak berehat sebab dah umur 40tahun dalam posting FBnya semalam. Berehat dan bersara  teruslah Kazim dari  berkerjasama dengan  Syaitan yang Dikenali

Rabu, 28 November 2012

Najib Minta Maaf Rakyat Minta UMNO BN Hancur..!!!!

Mahu BN kekal untuk lebih banyak kesilapan boleh dibuat

Hahaha.....

Muka tak tahu malu..!!!

Sesudah kau bikin rakyat tersiksa,bikin AES,naikan harga barang,bikin PRU kelentong,kau rasuah sana sini,kau ikut cakap bini kau...beli apa saja...kau kaut semua harta kerajaan untuk keseronokan diri,lepas tu kau minta maaf...

Banyak canteeeek..!!! Hahaha.....

Kemaafan untuk kau hanya akan diberi dengan kau jadi ketua pembangkang  selepas PRU 13......

[ Bergambar ] PWTC ada zon larangan ambil gambar Datin Rosmah

Kemana saja Najib ada....disitulah Datin Rosmah ada ketika berlangsungnya PAU 2012.

Gambar-gambar mereka berdua menjadi tumpuan mata yang hadir ke PWTC begitu juga lensa-lensa kamera jurugambar.

Namun setelah masuk hari ke-3 hari ini terbongkar rupa-rupanya ada "Zon larangan ambil gambar Datin Rosmah" ketika di PWTC....hahaha....

Sebuah papan tanda seperti pintu gerbang menuju masuk ke dewan utama tempat PAU berlangsung tertera perkataan " Semoga Allah memberkati perjuangan UMNO" dikatakan seperti menjadi zon larang kepada semua lensa mengambil gambar Datin Rosmah kerana sudah berpuluh kenamaan UMNO yang lalu disitu menjadi fokus menarik untuk diambil gambar oleh jurugambar, malangnya gambar Datin Rosmah tiada lagi tersiar berlatar belakang pintu gerbang tersebut.

Kenapa dan mengapa...? Korang sendiri jawap...hahaha.....

Rosmah ada dalam gambar didewan bersama Najib

Gambar ni pun ada terchongok Rosmah bersama Najib

Turun dari tangga menuju keluar dewan PWTC ada juga  gambar Rosmah tersenggeh  bersama Najib

Lokasi ini dikatakan ZON LARANGAN AMBIL GAMBAR ROSMAH...
Kelihatan Najib sorang je....haha...

MasyaAllah... Memang sah Ulama Muda UMNO menyokong Israel

Sila lihat dalam Tweet terbaru Dr. Mohd Asri (MAZA) petang tadi 4:21pm 23 Nov 2012.

Dr. Asri tidak bersetuju pendapat ulama muda UMNO yang menyatakan memboikot barangan Israel tidak wajar. 

Dr.Asri menyatakan dalam tweetnya kemudian "wajar diboikot segala barangan Zionis Israel. Tunjukan persaudaraan dan Kemanusiaan anda".

Atas alasan apakah ulama muda dan mentah UMNO mengatakan tidak wajar diboikot barangan Israel..???

Bermakna selama ini ulama muda UMNO  menyokong pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Israel. 
Klik Imej untuk lebih jelas

Selasa, 27 November 2012

1881 Patik dan Anak Cucu Aki bersedih...

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar....

Menitis airmata Patik dan Anak Cucu Aki melihat klip vedio ini....

Klip Vedio pendek ini dikatakan Sambutan hari jadi sultan pahang yang ke 81 Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah,menurut sumber ianya  di sambut di United Kingdom berjalan dengan meriah dan penuh penghormatan di peringkat paling tinggi sekali hatta melebihi bulan dan bintang kerana baginda merupakan ketua agama islam negeri pahang darul makmur....



[Gambar] Perjuangan UMNO diberkati, basi dan seksi

Nilailah sendiri 3 gambar yang dirakam semasa Persidangan Agong UMNO 2012 yang  terbaru semalam.
Ini kira OK... Semoga Allah  Memberkati Perjuangan UMNO

Ini sudah mula pelik dah... Shahrizat memakaikan tengkolok kat kepala jantan pulak.
Mana adat yang dipakai pun  aku tak tau...hahaha...

Perjuangan Melayu Sejati UMNO menjadi Basi...hahaha...

Ini sudah dikira KO.....selingan artis yang berpakaian begitu seksi membuat persembahan ketika Majlis Anugerah Nadi Negara 2012 Anjuran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia..Islam Wasotiyyah ke macam ni? Mengaku parti yang memelihara agama, tetapi peradabannya amat jauh berbeza...


UMNO ni macam siaran TV kat Malaysia setiap hari...bermula dengan bacaan Al-Quran dan ditengah-tengahnya penuh dengan perkara maksiat dan penghujung ada nyanyi lagu Negaraku...tapi UMNO lebih hebat lagi,bermula dengan lakonan nampak baik ,tengah dan akhir penuh dengan Maksiat,maksiat,maksiat.......

Wajarlah UMNO di Doakan Hancur oleh seluruh rakyat Malaysia...


Najib sah penipu ahli jadi letih

"PRU Semakin Hampiiiir....!!!!!"
"PRU Sudah sangat dekat...!!!!!!"
"Saya rasa esok nak bubar dah parlimen...!!"
"Saya bersemangat nak bubar parlimen...!!!" Ini sebahagian perkataan yang keluar dari presiden UMNO Najib Razak sebelum ini....berdentum dentam bunyinya dengan nada macam orang nak terberak....hahaha....

Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi dapat dengar nada yang sama keluar dari mulut Najib tapi dalam maksud berlawanan dari sebelumnya " PRU bukan dalam bulan depan". Makna-nya bukan dekat atau hampir....hahaha....

Sesudah dikelentong panjang oleh Najib mengenai tarikh PRU yang naik berbulu ramai rakyat mendengar termasuk ahli UMNO sendiri,bertambah malang lagi bila dilaporkan sudah ramai dikalangan ahli UMNO dibahagian-bahagian "Keletihan"  kerana dok siap sedia setiap kali Najib berucap konon-nya PRU dah dekat berkali-kali, pada hal tak berani istihar bubar parlimen pun...hahaha....

Dan hari ini Najib sendiri sahkan dirinya seorang yang benar-benar penipu dan penakut....hahaha.....

Isnin, 26 November 2012

Melayu UMNO bagi Media makan Epal 8,000 biji...!!!

KUALA LUMPUR: Kira-kira 8,000 epal akan disaji kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata epal merah dan hijau itu akan disediakan semasa minum pagi dan minum petang sebagai satu kelainan berbanding penganjuran perhimpunan agung sebelum ini.

Menurutnya, ia juga sebagai satu langkah ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan petugas media di sebalik kesibukan membuat liputan. "Kita ambil pendekatan 'an apple a day keeps the doctor away'.-  BERNAMA
Hehehe...Epal UMNO....nyam..nyam...hihihi....

Orgni: UMNO....Parti Orang Melayu....jaga orang melayu,ikut cara melayu tapi menari cara hindustan dan makan cara mat salleh......hahaha...

Bagi petugas media makan buah epal semasa persidangan nanti...  

Patutlah ramai pemimpin UMNO tak suka cakap bahasa melayu...asyik cakap orang putih je...rupanya suka makan epal......Hahaha....

Macam la takda buah tempatan yang lain untuk dipromosikan.

Negara kita bukankah kaya dengan buah-buahan tempatan....durian ada,rambutan ada....petai dan jering pun ok...hahaha...

Kalau nak promosi buah negara luar yang banyak khasiatnya, apa salahnya sediakan buah kurma yang memang diakui oleh Rasullulah tentang keistimewaan buah kurma...buah kurma bukan-nya khas untuk bulan ramadhan saja.

Ahad, 25 November 2012

[ Gambar ] Najib dihina lagi kerana Datin Rosmah dihadapan Yang Dipertua Negeri Melaka

Korang tengoklah gambar ini....

Fikir dan nilaikan sendiri telatah dan perangai isteri Presiden UMNO Datin Rosmah dalam majlis Perkahwinan anak Panglima ATM. 


KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob (tiga, kiri) bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak (kiri) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (hadapan sekali) ketika hadir pada Majlis Perkahwinan anak Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di sebuah hotel ibu negara di sini malam ini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri belakang).

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat hadir pada majlis perkahwinan anak Panglima ATM. Kelihatan juga Isteri Presiden UMNO Datin Rosmah (anak panah ) dengan seorang diri mengayakan rambut terjojol dalam majlis tersebut.

Beginikah yang dikatakan UMNO menjaga dan menghormati Raja-Raja Melayu...?? 

Rosmah sanggup memalukan Najib dihadapan Raja-Raja dan para pembesar dalam negara ini.