Pengikut

Rabu, 9 Januari 2013

Kes Saman Fitnah: Azli Musa menang Fauzi Muda diarah bayar gantirugi RM100,000

10/1/2013: Menurut sumber FB hari ini menyatakan:
TALIBAN PERAK MENANG
Keputusan Saman Malu (fitnah) Ustaz Norazli Vs Fauzi Muda di Mahkamah Sesyen Ipoh....Alhamdulillah Mahkamah memerintah Fauzi Muda untuk membayar gantirugi sebanyak RM100,000 kpd Ust. Norazli....Kemenangan awal buat PR 2013!! Tahniah.
Sumber FB

Sebelum ini

IPOH 1 FEBRUARI 2012 : Writ permohonan saman telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil Ipoh pada bulan lalu terhadap beberapa individu serta sebuah akhbar arus perdana terpaksa ditangguhkan lagi ekoran pihak defendan dan peguam tidak hadir.

Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' menyaman dan menamakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, (WAWASAN) iaitu Fauzi Muda kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengaibkan diri beliau serta disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia

Dalam tuntutannya ,Norazli yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Perak,menamakan Fauzi Muda (kanan) yang dinamakan sebagai defendan pertama ekoran kenyataannya di media dengan mengatakan bahawa beliau telah membelanjakan RM 500,000 untuk rumah beliau di Tasek,Ipoh.Semasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Perak selama 10 bulan setengah juga tegas beliau, Fauzi telah menuduh beliau antara salah seorang 8 daripada pemimpin utama PR yang menjadi jutawan segera.

Defendan kedua yang dinamakan adalah Utusan Melayu Berhad ekoran akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.

Norazli berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan serta mahu merosakan reputasi beliau sebagai ahli politik.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.


Beliau diwakili peguambela Amirul Fairuzzeen dari firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha, Amir and co.

Manakala pihak defendan pertama pula ,Fauzi Muda diwakili peguambela Norali and co dan defendan kedua diwakili Dato Hafarizam Harun. Walaubagaimanapun kedua-dua defendan dan peguam mereka tidak hadir atas alasan tidak sempat menyediakan butiran hujahan. 

Menurut Amirul, berdasarkan Aturan 14 Kaedah Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Penolong Kanan Pendaftar berhak memberikan penghakiman terus ekoran ke tidak hadiran mereka , walaubagaimanapun pihak beliau dan anak guamnya (Norazli) tetap bersabar dan memberi pihak mereka peluang serta penjelasan mereka di mahkamah.Menurutnya lagi ini bukan sioal wang tapi ianya adalah maruah diri yang harus dipertahankan.- wargamarhaen.

** Orangni: Syukur Alhamdulillah..nampaknya bakal calon DUN Trong ini mendapat kemenangan sebelum PRU -13, semoga dengan kemenangan saman fitnah jahat ini terus menjadi dorongan bagi memperolehi kejayaan untuk merampas DUN Trong yang kini dimenangi YB Dato Rosli dari UMNO dengan kemenangan tipis mejoriti hanya 916 pada PRU 2008.

Babi betul..!!! dah puas tidur kemudian mengamuk kat Mahkamah Melaka


ALOR GAJAH Melaka - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.

Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

“Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.

“Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi  itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan. "Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya. “Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi  itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.
“Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya,” katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. - Sinar