Pengikut

Ahad, 20 Januari 2013

Syabas..!!! DS Nizar Berceramah Bersama Bakal Calon PAS Kota Samarahan Sarawak dihadapan 500 penyokong

20 Jan 2013 -- Tanjung Bundong Kota Samarahan Sarawak, memecah kalendar politik negeri Sarawak bagi tahun 2013 apabila PAS negeri Sarawak menganjurkan program bertajuk "Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak" disini.

Dengan membariskan penceramah pimpinan anak tempatan dan penceramah jemputan dari pimpinan negeri Perak.

Tn Haji Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Sarawak),YB Wong King Wei (ADUN Pandungan),Sdr Arif (PKR Sarawak), Abg Ahmad Kardee  Abg Masagus( AJK Pas Pusat ), Datuk Seri Ir Mohd Nizar (MP Bukit Gantang Perak) dan Tn Haji Ust Misbahul Munir (Pesurujaya PAS Perak)

Keadaan sambutan pada program ini amat-amat membanggakan, yang mana lebih 500 orang telah datang ke program ini. Ini satu angka sokongan yang sangat baik bagi P197 Kota Samarahan khususnya negeri Sarawak.

"Angin perubahan sokongan politik terhadap Pakatan Rakyat di negeri Sarawak sekarang amat membanggakan,kerana rakyat sudah sedar yang mana patut disokong dan sebaliknya" - ujar DS Nizar dalam ceramahnya.

DS Nizar juga turut memperkenalkan kepada para penyokong yang hadir bakal calon PAS bagi P197 Kota Samarahan iaitu Abg Ahmad Kardee kepada semua yang hadir dan disambut dengan tepukan sokongan mereka yang hadir.
DS Nizar di Kota Samarahan Sarawak

Ust Misbahul Munir 

Hadirin dari berbagai lapisan masyarakat mendengar ceramah di Sarawak

Abg Ahmad Kardee ..ceramah-nya amat menarik perhatian para penyokong

Berbagai bangsa datang mendengar ceramah

Bakal calon Kota Samarahan

Kebangkitan Rakyat Sarawak bersama Pakatan Rakyat







Tun Mahathir Menfitnah dan Menyalahkan Tunku Abdul Rahman

Mahathir Tergamak Menfitnah Tunku Abdul Rahman Demi Untuk Menyelamatkan Dirinya


Mahathir, please dont drag Tunku into the IC scam in Sabah.Tunku is a credible men.He is our 'BAPAKEMERDEKAAN' wherelse you are a 'BAPA PEMBOHONG' !! 

KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,”

“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.

“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.


Oleh: Rusnizam Mahat