Pengikut

Ahad, 8 September 2013

Puisi Terbaru A.Samad Said Membadik 3 Menteri

Tiga menteri kuasa jati,
mencemuh, menggertak, memperli,
Senjata tuan lembing gergasi,
badik patik hanya puisi.

-Sasterawan Negara@Sasterwan Rakyat Datuk A.Samad Said.

Bait-bait puisi Pak Samad memang tajam,pedas dan menusuk bagi yang memahami.

3 Menteri...

"A.Samad Said jangan besar kepala.."
"Gelaran Sasterawan Negara akan ditarik.."
"A.Samad Said dikehendaki serah diri.."
Siapakah tiga menteri yang hebat mencemuh,mengertak dan memperli Pak Samad..?

Senjata mereka lembing gergasi... 
Arahan siapa dan siapa yang usung Pak Samad ke Rumah Pasung...?

Jawapan Pak Samad memang hebat....

Badiknya Pak Samad hanya puisi...

Adakah Pak Samad bakal diusung lagi ke "Rumah Pasung" lagi kerana 4 baris ayat terbarunya ini...? Menteri UMNO tentu tak senang duduk dek kerana badik Pak Samad ini...
Puisi 3 Menteri di Badik oleh Pak Samad




Ketua UMNO Bahagian Taiping Datang Mesyuarat Cawangan Guna Helicopter...???

Macam ni lebih kurang rupa heli yang dimaksudkan..
Fulamak..!!!! Mai Mesyuarat UMNO peringkat cawangan je pakai helikopter...itu baru mesyuarat cawangan,belum lagi Bahagian,belum lagi Negeri...

Pergh..!!! Kalau datang mesyuarat UMNO negeri mau naik jet le kot gamaknya....hahaha...

Begitulah menurut sumber yang Orangni dapat masa kat Taiping tadi,kebetulan dok lepak-lepak kat Lake Garden....tetiba lintas sebuah helikopter di dalam jam 6 petang kat atas ruang udara Lake Garden Taiping.

Malangnya tak sempat ambik gambo...hehehe...

Menurut sumber yang diterima mengatakan Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Shalimin yang juga  Setpol kepada Zambry Kadir MB Perak ini datang dari Subang dengan helikopter untuk ke beberapa mesyuarat Cawangan UMNO di Bahagian Taiping.

Khabonye helikopter yang dinaiki Shalimin mendarat didalam sebuah kem tentera di Taiping..entah betoi atau idak tak tahu,sebab tak sempat nak terjah...hahaha....

Hebat betul Datuk Shalimin yang manja dengan panggilan Datuk Sally ni...hahaha...

Agaknya disebabkan Najib kasi naik harga minyak pertol,maka orang-orang kuat UMNO terpaksa guna Helikopter sebab helikopter guna minyak RON Poket Rakyat kot..?? hahahaha....

Memanglah dikatakan orang kuat UMNO cam Shalimin ni kaya...,bukan-nya nak cemburu_gunalah kapal selam sekalipun...tapi agak-agaklah kalau nak menunjuk kat rakyat....hahaha...