Pengikut

Rabu, 29 Oktober 2014

1 April 2015 : Blog dan Facebook bakal tutup akuan kerana dikenakan GST

Menurut maklumat dari melvister.com, pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST bermula 1 April 2015. 

Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST. 

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST.

Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Admin blog Kelab Greenboc belum lagi membuat keputusan samada akan meneruskan blog ini atau tidak apabila GST dikenakan kelak. Sebenarnya, pendapatan dari blog tidaklah sebesar mana, sekadar membantu membayar talian streamyx/broadband yang umum mengetahui harga internet dan jalur lebar di negara ini adalah terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Setelah sekian lama berjuang di pesada siber, berkemungkinan besar ramai para blogger akan terpaksa menutup blog masing-masing, apatah lagi selama ini, perjuangan para blogger ini sekalipun diakui telah banyak membantu khususnya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya, namun tiada rancangan khusus dari parti untuk membela dan menyokong usaha para blogger ini. Cukup malang nasib kami... tapi apakan daya... hanya Allah tempat kami berpaut selama ini.

Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Siakapkeli.com melaporkan, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat. 

Menurut blog tersebut, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini. 

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka. 

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.


Lihatlah Hukuman Kejam Bagi Pesalah Parking Kereta di Jepun

Kejam !! 

Lihatlah gambar diataa....itulah hukuman bagi pesalah parking kereta di Jepun...susun troli keliling kereta yang diparking tak ikut peraturan.

Menurut ceritanya tempat Letak kereta sangat sukar didapati dan mahal di Jepun, sehingga pemilik kedai yang cukup beruntung mempunyai tempat letak mengambil kebajikan serius berkaitan tempat letak khusus pelanggan. Pemilik kedai yang tak sediakan parking kereta..alamat tak berapa maju le...hahaha...

Gambar diatas adalah contoh agaknya bagi 
menghukum para pesalah yang suka parking kereta ikut suka hati..

Agaknya di Malaysia boleh buat camni ke  kalau jumpa kereta kat mana-mana shoping komplek parking kereta itu suka hati... Orangni yakin tentu Mat Bangla atau Mat Nepal akan dipersalahkan..sebab mejotiri mereka yang kerja susun troli kat shoping komplek....hahaha...

Contoh parking kereta suka hati atau ikut hati yang pernah dikesan di Malaysia...hahaha...