Pengikut

Rabu, 8 Jun 2011

Najib berforum ekonomi,Rosmah melaram dengan Fesyen...


Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend, kata isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata pereka dan penggerak dalam perniagaan ini mestilah menganggap pelanggan sebagai komponen paling penting baginya kerana pelanggan hari ini mempunyai citarasa global, sangat pentingkan trend dan juga kualiti. azlan“Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya,” beliau berkata pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu. Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia. Jika bercakap mengenai aspek perniagaan dalam industri fesyen, tanpa ragu-ragu bahawa fesyen Islam cepat berkembang sebagai perniagaan yang menguntungkan yang pasarannya kini bernilai lebih US$96 bilion setahun. Rosmah, penaung IFF berkata dalam sebarang bentuk, fesyen adalah satu pasaran yang besar yang harus diterokai dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. NONE“Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan,” kata beliau. Beliau berharap bahawa IFF akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai. Menegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global, katanya tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk mereka dan mengeluarkan koleksi fesyen Islam. NONE“Adalah menjadi harapan saya bahawa IFF akan terus menyediakan landasan untuk pereka-pereka melancarkan fesyen Islam agar mereka mampu bersaing di pasaran fesyen dengan pereka-pereka antarabangsa yang terkenal di dunia,” kata beliau. Antara yang hadir pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Presiden Pertama Kazakhstan, Dariga Nursultanovna Nazarbayeva, Mienteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Buruh dan Perlindungan Sosial Kazakhstan Gulshara Nurshaevna Abdykalikova. - MK






Rakyat sedang sibuk fikir beban kenaikan harga barang...

Najib "sibuk" dengan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana Kazakhstan.

Rosmah pula sibuk menyibuk dengan Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan.

Sambil tu mereka berdua juga sibuk merisik seorang pemuda Kazakhstan untuk anaknya yang sibuk nak kawin...hehehehe...

Gambar Atas.: Rosmah sedang sibuk melangkah-kan kaki dengan rambut terjojol ke Festival Fesyen Islam (IFF) di Astana Kazakhstan yang di iring dengan sibuk oleh Sharizat yang sibuk tersenggih....


http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/?dsr=photos%3Asubid%3Dview&num=379


Selasa, 7 Jun 2011

Kerana Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev....Najib dan Rosmah ke Kazakhstan untuk tengok menantu rupanya...hehehehe...hebat betul PM 1Melana ni...

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?
Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan.
(Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu)
Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.
Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari UniversitiGeorgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.
“Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi,” tulis Leonid Komarovskiy, seorang “wartawan” daripada New York di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”
Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

“Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,” tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

“Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev,” dakwa Leniod lagi.

Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama.

Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya.
Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
DARI HARAKAHDAILY.NET


Read more: http://kgmokkan.blogspot.com/2011/06/najib-bakal-berbesan-dengan-pembesar.html#ixzz1OZn2vIxA