Pengikut

Jumaat, 25 Februari 2011

Lagi Janji RON tidak naik...


KUALA LUMPUR: Sambil memantau perkembangan di Timur Tengah dengan rapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini dan sebarang langkah seterusnya berteraskan keutamaan dan perkiraan berkaitan bebanan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buat masa ini tiada langkah menaikkan harga petrol RON95 (kini RM1.90 seliter) kerana harganya ditentukan kerajaan berdasarkan subsidi manakala RON97 terapung mengikut harga pasaran.

“Kita memperuntukkan subsidi berjumlah RM10.3 bilion iaitu bajet untuk tahun ini, tetapi kalau tiada perubahan, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara.

Najib berkata, ketika pergolakan berlaku di Mesir, sokongan kepada Barisan Nasional semakin meningkat di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan diharap ia terus meningkat di PRK DUN Merlimau serta Kerdau pada 6 Mac ini.

INI-LAH NADA-NADA MERDU YANG SELALU DIDENDANGKAN OLEH PEMIMPIN UMNO BN SEBELUM ATAU SEMASA BERLANSUNG-NYA PRK....SEJARAH TERDEKAT MENGENAI DENDANGAN MERDU MERDU INI IALAH APA YANG BERLAKU DI TENANG....SEBAIK SAJA SPR UMUMKAN KEPUTUSAN..MEDIA MASSA ARUS PERDANA PUN MENGELUARKAN KENYATAAN RON...(Korang sendiri tau..Orang ni malas nak cakap...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan