Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2011

PUAKA , JEMBALANG DAN HANTU UMNO KE DI SARAWAK ???


Sarawak bukanlah negeri yang asing bagi semua rakyat Malaysia.Ramai antara kita kebanyakan sekarang ada kenalan di merata tempat di bumi Kenyalang.

Nama negeri Sarawak menjadi popular dalam media massa sejak kebelakang ini,tak putus media arus perdana memainkan cerita dan berita dari Bumi Kenyalang ini,berbagai slot dan rancangan dikhususkan untuk negeri ini. Pelbagai sanjungan dan pujian melambung dari media elektronik seperti sebuah siaran TV yang konon-nya swasta memuji pentadbiran yang ada sekarang. Mual aku dengan tajuk rancangan tersebut yang bernama “Sayang Sarawak” tak ubah seperti sebuah tajuk retorik berkepentingan dalam berpolitik.

Tanggal 19 Mac 2011 Perdana Menteri dan Timbalan-nya merentasi lautan China Selatan untuk ke Negeri Sarawak dangan alasan-alasan yang terbiasa rakyat dengar,untuk dekati rakyat Sarawak,untuk bersama rakyat Sarawak,untuk berjumpa rakan facebook dan macam-macam lagi alasan yang basi yang dilambakan kepada rakyat khususnya rakyat Sarawak sendiri.

Perkara yang paling agak mengejutkan ialah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri di Sri Aman. Mahyudin Yasin berkata Penduduk Sarawak perlu menolak ‘‘hantu dan jembalang’’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Siapakah hantu jembalang yang TPM maksudkan??? Adakah TPM sudah “Palau” hingga lupa siapa dia di Sarawak??? Beliau memang berjawatan TPM tapi kad ahli politiknya aku rasa tentu “Kad keahlian Umno”.

Sedarkah TPM yang beliau ibarat anjing kurap Umno yang menyalak di Bumi Kenyalang…jika benar slogan 1Malaysia itu yang konsepnya bersifat menyeluruh untuk seluruh Negara kenapa UMNO TIADA di Bumi Kenyalang..???

PAS ada ahlinya di Sarawak,

PAS ada pejabatnya di Sarawak

PKR ada ahlinya di Sarawak.

PKR ada pejabatnya di Sarawak

DAP ada ahlinya di Sarawak..

DAP banyak pejabatnya di Sarawak

UMNO ada apa di Sarawak…?????? Hanya ada puaka,jembalang,hantu dan anjing kurap yang datang dari semenanjung untuk berkempen di Sarawak….

Sudah 53 tahun merdeka UMNO gagal diterima keseluruhan oleh rakyat di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan