Pengikut

Jumaat, 13 Mei 2011

Nizar Dicalonkan Sebagai Naib Presiden PAS


PAS Bukit Gantang calon DS Nizar, Naib Presiden PAS

PAS Bukit Gantang dalam mesyuarat ahlijawatankuasanya baru-baru ini telah membuat pencalonan untuk jawatan utama Pas Pusat.

Pencalonan jawatan daripada Pengerusi Tetap,Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-kira sehinggalah Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahlijawatankuasa telah diluluskan dalam mesyuarat kali pertama.

Untuk salah satu jawatan Naib Presiden, PAS Kawasan Bukit Gantang telah mencalonkan DS Mohamad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak dan juga AJK Pas Malaysia.

Pas Bukit Gantang berkeyakinan DS Nizar berkemampuan menggalas tugas Naib Presiden untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden, khususnya menghadapi UMNO/BN dalam PRU 13 ini. -sisibukit

Ulasan GB

PAS memerlukan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin di dalam barisan pimpinannya sekurang-kurangnya untuk kerusi Naib Presiden.

Kepimpinan beliau diakui dan diterima oleh sebilangan besar bukan sahaja ahli PAS tetapi oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kelab Greenboc pernah mengadakan bancian awal untuk kerusi Naib Presiden. Hasilnya:



Datuk Seri Nizar memperolehi undian yang tertinggi, 1843 (57%) daripada sejumlah 3221 yang mengundi.

Ini bererti besar harapan para pengunjung blog ini kepada beliau supaya terpilih untuk salah satu kerusi Naib Presiden.

Malah sebelum ini GB sudah menyatakan Nizar adalah tokoh paling layak jika sesuatu berlaku ke atas Ketua Pembangkang di tulisan di sini. Petikan:


“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

GB senyum sahaja kerana soalan itu tidak berapa relevan untuk dijawab.

Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa.

Seandainya berlaku apa-apa ke atas Anwar, pengganti Anwar itu, yang juga dibenci oleh UMNO dan sekutunya, tetapi sentiasa bertapak di hati rakyat jelata seluruh negara tak kira bangsa, akan mengambil tempatnya.


Semuga jika cukup pencalonan, Datuk Seri Nizar akan menerima untuk bertanding, dan semuga perwakilan akan memilihnya sebagai salah seorang Naib Presiden PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan