PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
Tegas beliau, walaupun kerajaan berjaya mengeluarkan Malaysia daripada gelora ekonomi global, namun usaha perlu digandakan bagi memastikan tahun-tahun mendatang negara terus bebas daripada belenggu tersebut.
''Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti negara Greece.
''Justeru kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan, perlu memikirkan langkah terbaik yang mana pada satu masa perlu mendahulukan kepentingan rakyat tetapi dalam masa sama faktor-faktor lain tidak boleh dikesampingkan terutamanya kelestarian ekonomi negara atau dalam erti kata lainnya, keupayaan kewangan kerajaan," katanya.
-Utusan
Penjawat awam dan semua rakyat sememangnya sudah faham akan nada dan cara apa yang berlaku sekarang..Najib bagi sana..bagi sini...hulur sana..hulur sini..lambak sana...lambak sini...konon-nya untuk rakyat...tapi semuanya itu ibarat menabur dedak kepada rakyat sebelum disembelihnya sekiranya setelah mendapat kuasa dan mandat dari rakyat selepas PRU 13 nanti...
Sekarang ni memanglah mendahulukan kepentingan rakyat tetapi selepas itu..???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan