"Bagaimana kita bisa melawan mereka (UMNO BN) sekiranya dewan raya dibubarkan nanti..?? Ini kerana..semua jentera kepentingan media massa dimedan juang demokrasi telah di cengkam oleh mereka sejak dahulu dan sehingga kini...mereka bisa mengunakan TV dan Surat khabar, oleh sebab itu kita semua amat perlu berhimpun di Kuala Lumpur..bagi menyatakan hasrat kita semua…"
"Dengan itu saya menjemput tuan-puan semua datanglah ke Kuala Lumpur pada 28 ini...bagi menyatakan hasrat murni didalam setiap jiwa kita..." - Ujar Dato' A Samad Said dalam ceramahnya disini semalam.
Aku terpegun dengan kecekalan Dato' A Samad yang sudah umurnya menjangkau ke usia 77 tahun sanggup datang sendiri ke pelusok-pelusok kampung di seluruh tanah air ini untuk berceramah dan menjemput semua rakyat datang ke Kuala Lumpur untuk himpunan BERSIH 3.0 ini. Jemputan Dato' A Samad tersebut ini bukan untuk kepentingan batang tubuhnya, tapi demi kerana tanah air yang kita sayangi ini, wajar semua yang tidak uzur memenuhi jemputan ke Kuala Lumpur pada 28 April ini…JOM Semua..BERSIH 3.0...!!!
YDP Bukit Gantang bersama Dato' A Samad mempromosi BERSIH 3.0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan