Pengikut

Khamis, 17 Mei 2012

Artis Aishah: Manis Janji Mu atau Janji Manis Mu..?


17 Mei 2012 – Lagu popular nyanyian artis terkenal tanahair Aishah yang berjudul “Janji Manis Mu” berkumandang didalam  Dewan Kemunting Taiping didalam majlis Hi-Tea sempena Hari Ibu ,majlis ini dianjurkan oleh Agency Al-Futhuhat dan Miz World Management & Servis .

Majils ini di pengerusikan oleh Ustazah Hariza dari CEO Agency Al-Futhuhat. 

Majlis ini berkonsepkan hi-tea dan top show. Majlis sempena Hari Ibu ini banyak mengatakan tentang pengorbanan seorang ibu yang di sampaikan oleh Aishah. Segalanya pengalaman Aishah  didalam dunia seni sehingga sekarang dikongsikan bersama hadirin yang hadir.

Aishah juga menyampaikan beberapa buah lagu berkaitan ibu didalam majlis ini seperti lagu popularnya “Syurga dibawah telapak kaki ibu”. Nyanyi Aishah didewan Kemunting  telah membuatkan hadirin yang terdiri daripada kaum ibu teruja dengan persembahanya itu.

Apa yang menariknya didalam slot soal jawap…seorang Makcik telah menyatakan bahawa beliau meminati  Aishah sejak zaman muda hingga kini dan mak cik tersebut meminta Aishah menyanyikan  lagu” Manis Janji Mu” (Tajuk Sebenar  Janji Manis Mu) . ” Makcik… Manis Janji Mu bukan lagu saya…lagu saya  Janji Manis Mu..” Ujar Aishah dengan sopan serta menceriakan suasana dewan.

Diakhir majlis ini hadirin tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar dengan artis kesayangan mereka.

Ustazah Hariza menjadi Hos dipentas bersama Wan Aishah


Kaum Ibu memenuhi meja didalam dewan Kemunting

Pelajar muslimat dari sebuah sekolah di Kemunting bergambar kenangan bersama Kak Aishah

** Vedio Klip persembahan Aishah akan menyusul kemudian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan