Dipercayai orang UMNO (Cekak pinggang) yang tidak puas hati dengan kehadiran ramai penyokong PAS ke tapak ceramah.
JKKK sedang berbincang dengan Unit Amal PAS bagi mententeramkan keadaan
Kelihatan anggota JKKK dan Unit Amal mendengar nasihat dan akur dengan arahan pihak Polis
Jabatan Pertahanan Awam (JPA) pun turut turun padang memantau setuasi
28 mei 2012 – Taman
Berkat Simpang berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan
program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian
keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli
UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang
berlangsung dihadapan markaz PAS disini. Mereka
melakukan ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Keadaan ini
menyebabkan pihak Polis dari Balai Simpang tiba kelokasi bagi menjernihkan
keadaan.
Menurut sumber dari
seorang ahli PAS disini mendakwa
bahawa sudah 2 kali sebelum ini program ceramah anjuran PAS Cawangan
Taman Berkat Simpang yang bertempat di hadapan Markaznya cuba diganggu oleh pihak yang dipercayai
penyokong UMNO dan kedua-dua rancangan tersebut
gagal. Ceramah tetap berlangsung dengan jayanya tanpa kejadian yang
tidak di-ingini.
Untuk cubaan kali
ke-3 mereka bagi
mengagalkan ceramah PAS juga
gagal dan kali ini ianya berjaya
diselesaikan dengan aman dan
keadaan kembali normal apabila
pihak keselamatan dari Balai Polis Simpang dan Unit Amal PAS Bukit Gantang berjaya
mententeramkan keadaan tanpa sebarang kejadian yang tidak di-ingini. PAS
Kawasan Bukit Gantang merakam ribuan
terima kasih kepada pihak Polis Balai Simpang dan JPA yang hadir pada malam
tersebut ,begitu juga diucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak puas
hati pada awalnya dapat menerima segala
arahan dan akur dengan semua kehendak pihak keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan