Pengikut

Khamis, 23 Ogos 2012

Selesai PRU 13 Lesen memandu untuk seumur hidup

Pemuda PAS cadang lesen memandu seumur hidup

23 Ogs 2012KUALA LUMPUR: Terasa susah untuk memperbaharui lesen memandu saban tahun. Apa kata jika ada tawaran supaya lesen memandu hanya dibuat sekali sahaja tanpa perlu pembaharuan?

Begitulah lontaran idea yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan di Twitter pagi ini.“Hari ini ramai yang beratur dan merungut sebab kena perbaharui lesen (memandu) saban tahun.

Saya cadang selepas Pakatan Rakyat memerintah, beri lesen memandu seumur hidup tanpa perlu renew,” tulis beliau.Menurut Nasrudin, memperbaharui lesen memandu adalah antara perkara yang membebankan rakyat terbanyak.“Kenapa tidak lesen memandu dikeluarkan tanpa perlu renew?” tanya beliau.Ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas lanjut mengenai mekanisme cadangan beliau, Nasrudin berkata hanya pemandu bermasalah, seperti yang sering melanggar undang-undang trafik sehingga lesen tergantung perlu memohon lesen memandu semula secara berkala.

“Bagi pesalahlaku trafik yang memohon lesen memandu semula, lesen memandu berwarna lain boleh dikeluarkan untuk membezakan mereka, yang memerlukan mereka untuk renew berkala jika berkelakuan baik untuk tempoh tertentu,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, katanya mekanisme perlu diperhalusi tapi matlamat yang terpenting ialah mengurangkan beban rakyat dalam memperbaharui lesen memandu. “Dahlah setiap tahun kena renew cukai jalan dan insuran kereta. Kini, apabila banyak saman, cukai jalan disekat maka kereta tidak boleh digunakan.

"Sebenarnya tidak ada keperluan untuk rakyat untuk memperbaharui lesen memandu, sekali dapat dah cukup, asalkan jaga kelakuan di jalanraya lesen memandu ini hidup,” katanya.Cadangan itu setelah diperhalusi, kata Nasrudin akan dibawa beliau untuk dibincangkan bersama PAS Pusat dan seterusnya Pakatan Rakyat.

~ Harakahdaily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan