KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sama-sama menyertai perhimpunan aman esok di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud.
Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kehadiran Khairy penting bagi menunjukkan solidariti tanpa perbezaan politik bagi membantah kenyataan Chua yang jelas menghina Islam.
“Kita jemput Pemuda Umno bersama membantah kerana isu ni bukan melibatkan parti. Selain Khairy, kita juga sudah menjemput beberapa NGO termasuk Pemuda PKR sama-sama hadir esok.
“Ketua Pemuda DAP Anthony Loke juga dah nyatakan pendiriannya mengenai hudud di Parlimen semalam, maka tidak ada masalah jika PAS ajak mereka turut serta,” katanya di bangunan Umno di sini hari ini.
Selain himpunan aman, Khairul Faizi berkata pihaknya juga merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Chua esok mendesak bekas Menteri Kesihatan itu memohon maaf secara terbuka.
Sebelum itu Pemuda PAS menyerah satu memorandum kepada Khairy mendesak beliau menyatakan pendirian tegas mengenai tindakan Chua. Memorandum diserahkan Khairul kepada Khairy melalui Setiausaha Kerja Pemuda Umno Mohd Suamli Reduan di sini hari ini.
“Pemuda Umno sepatutnya mengambil langkah agresif dengan menegur dan memberi amaran keras kepada Presiden MCA supaya menghormati amalam agama serta adab resam bangsa dan kaum yang lain.
“Kami rasa Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara ini,” memorandum itu dipetik.
Sementara itu Khairul menegaskan, kenyataan Chua melepasi batas politik apabila menyentuh mengenai 11 buah negara yang melaksanakan hudud antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
“Sikapnya itu jelas ditujukan bagi menghina undang-undang Islam sendiri yang tidak ada kena mengena dengan PAS,” katanya.
Chua turut mendakwa 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan.
Malah beliau menyokong kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. - FMT
Orgni: Agaknya ada berani ke Ketua Pemuda UMNO join demo bersama PAS dalam program ini...??? atau thulurnya mengecut macam Najib....hehehe....
Orgni: Agaknya ada berani ke Ketua Pemuda UMNO join demo bersama PAS dalam program ini...??? atau thulurnya mengecut macam Najib....hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan