Pengikut

Jumaat, 23 November 2012

Pembelit memang kerja rutin Syaitan yang dikenali

Tuduh TG Haji Hadi Disokong Syaitan, Tun Pembelit.

Tun Mahathir yang mengatakan bahawa Umno ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang tidak dikenali. Tiba-tiba semalam Tun mengatakan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disokong oleh syaitan.

Sedangkan Pas sentiasa memerangi syaitan dan mereka yang mengaku dirinya syaitan.

Kerana ini adalah ajaran Islam yang menyuruh supaya sentiasa membaca Auzubillah minassyaitanirrajim..Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.

Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun. Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut.

Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.

Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat.

Ini yang menyebabkan Datuk Seri Najib mesti ikut apa kemahuannya dan tidak berani menyanggah apa yang beliau kata, takut banyak pula fail-fail beliau timbul.

Setakat hari ini yang berani sanggah beliau pemimpim Pas dan Pakatan Rakyat sahaja.

Idris Hj Ahmad - 23/11/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan