Pengikut

Sabtu, 8 Disember 2012

PAS Larut bergolak kerana ada daki-daki UMNO

Hari ini agak hebat juga tajuk didada akhbar Sinar Harian edisi Utara " PAS Larut Bergolak kerana calon".

Konon-nya 6 cawangan nak boikot PRU 13...Hahaha....

Alat pengesan aku mengatakan ini semua perangai UMNO...hehe..

Kenapa perangai UMNO ada dalam PAS...?

Ha....Kat sini aku nak cerita sikit apa yang berlaku dalam tajuk diatas.....

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada "kepala" yang aturkan..

Senang aku katakan memang tak ada akal punya pemimpin kalau merestukan percakaran dalam ahli-ahli hanya sebab tak puas hati  kerana dirinya terkeluar dari  senarai calon bertanding PRU.

Inilah spises-spises UMNO yang masih ujud dalam PAS. Walaupun dah jadi ahli PAS dan pernah jadi calon PAS sekalipun daki-daki perangai UMNO tetap ada.

Daki-daki UMNO ni memang susah mau hilang, salah satu sebabnya ialah semasa dalam UMNO dulu dia kecewa,kecewa tak dapat projek,kecewa tak dapat jadi calon dan sebagainya jadi masuklah PAS. Buat muka insaf,buat muka baik macam muka ustaz....jadilah ketua dan akhirnya jadi pula calon pru 12.

Walaupun tewas sepatutnya bersyukurlah telah diberi peluang....ini tidak, mau lagi dan khabarnya pandai-pandai atur kedudukan di Parlimen Larut, aku dari parlimen pegi DUN kau pergi parlimen...bla...bla...bla....

Belum apa-apa dah jadi macam tu...bukankah perangai UMNO nama-nya..

Jadi tak hairanlah kekotoran daki itu kembali menebal dek kerana konon-nya kecewa lagi.

Maka dibentuklah gerombolan-gerombolan daki untuk melahirkan rasa tak puas hati konon-nya,dibuat mesyuarat tergempar,dibuat undi,dipanggil wartawan dan sebagainya tanpa mengira kiri-kanan.

Bagi spises daki UMNO ini yang penting ialah berjuang untuk diri sendiri, apa kata keputusan atasan tidak lagi dihiraukan. Dicari segala ruang untuk hentam rakan sendiri.

Kesian aku dengan dua nama yang dikatakan dipersetujui untuk dicalonkan. Rata-rata mereka berdua ni (Tak payah aku sebut nama...) berjiwa besar berbanding se-ekor spises daki UMNO ni yang hanya pandai mengendong kamera kehulu kehilir....hahaha....

Kepada ketua-ketua cawangan PAS kat Larut yang mungkin terhasut dengan daki UMNO ni...ingatlah pada perjungan parti,bukan pada individu. Sehebat mana gerakkerja seseorang dalam sesuatu tempat bukan tiket utama nak jadi calon.

Apapun aku berterima kasih kepada DS Najib Tun Razak yang melambat-lambatkan PRU-13 ini...ada hikmahnya disebalik melambatkan PRU ni. Muka-muka daki UMNO dalam jemaah PAS dapat dikenalpasti dari terus kembang menjadi terus tebal.

Mungkin ramai lagi spises-spises berdaki UMNO selepas ini akan menyerlah apabila diuji dan senanglah nak disental jadi bersih....hahaha.....

Ingat...!!! Perangai UMNO dibenci jemaah PAS...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan