Pengikut

Isnin, 20 Mei 2013

KJ Lebih Ber-otak dari Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan menasihatkan Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mencontohi sikap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, kenyataan Zahid yang menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, hanya menampakkan keangkuhan beliau yang baru sahaja dilantik sebagai menteri dalam negeri.

"Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik. Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat. "Beliau sepatutnya belajar dari Sdr Khairy Jamaluddin yang walaupun mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang.

Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.," katanya. - HD

KJ Lebih Ber-otak dari Zahid Hamidi yang kurang guna otak - Orang-orang dok kata termasuk orangni...hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan