Pengikut

Selasa, 2 Julai 2013

Surau Ayah Ahli Parlimen Bukit Gantang Musnah Terbakar

2 Julai 2013: Sungai Petai Bukit Gantang, Surau Ahmadiah musnah terbakar dijilat api,dipercayai kerana litar pintas. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10 malam tadi.

Surau ini dikatakan adalah peninggalan dari arwah ayahanda YB Ust Idris Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Surau yang telah diasas oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj Ahmad ( ayahanda kpd YB AF Ust Idris, Ahli Parlimen Bkt Gantang ). 

Tempat mula diadakan Ijtimak Bulanan bagi Kawasan Bukit gantang dan Taiping. sekarang masih diteruskan oleh anak-anak Al-Marhum spt Tuan Guru Dato Hj Hassan, TG Dato Hj Salleh, AF Ust Zakaria dan tokoh-tokoh ulamak yang lain termasuk Al-Marhum Toh Paduka Indera TG Hj Mohd Saman Kati.Berkat gigih dari surau ini telah banyak melahirkan ilmuan-ilmuan diserata negeri. 

Orang ramai iaitu penuntut ilmu dari surau ini terdapat beribu-ribu orang disamping orang tempatan. 

Itulah jasanya ulamak yang tersohor itu, Al-Marhum TG Hj Ahmad yg sempena nama surau ini dengan nama Surau Ahmadiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan