Pengikut

Ahad, 22 September 2013

Akhirnya Bekas Abu Mayat di semadikan di Malaysia

Bekas Abu Mayat Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke

Akhirnya dikebumikn disini...

Al kisah seekor anjing penjajah iaitu raja terakhir sarawak yangg dah mampuih mendapat perkenan dari raja sarawak sekarang iaitu raja Pehin tua bangka Taib untuk disemadikan di bumi Sarawak.

Keturunan pendatang haram yang menabalkan diri sendiri sebagai rajah (raja) dan pada waktu yang sama merompak kekayaan negeri ubtuk dibawa keluar negara hasilnya mendapat keistimewaan terlalu tinggi dinegara ini.....

Agong?????....

Tak payah la sebut...kalo dah sekadar namanya raja melayu...setakat jadi boneka je la dia boleh....

Anjing Brooke vs Chin Peng.......

Baca..baca..bacalan laporan dibawah ini....hahaha...

22 September 2013. Ahad :-

Semalam Abu Mayat Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke yang merupakan bekas Rajah Muda terakhir Sarawak semasa era pemerintahan Brooke atau Rajah Putih di Sarawak telah selamat disempurnakan di Kuching, Sarawak. Majlis Keagamaan dan Pengkebumian ini berlangsung di Gereja St. Thomas bagi menunaikan hasrat terakhir mendiang agar ianya disemadikan di tanah perkuburan keluarga Brooke yang terletak berhampiran Kubu Margherita dan ASTANA, kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.




Mendiang Anthony Walter Dayrell Brooke meninggal dunia dalam usia 98 tahun pada 02 Mac 2011 dikedimannya di Rumah Brooke, Wanganui, New Zealand. Mendiang pernah memangku jawatan Rajah Sarawak pada tahun 1939 hingga 1940 iaitu jawatan yang disandang oleh bapa saudaranya, Rajah Charles Vyner Brooke, Rajah Sarawak terakhir.  Mendiang dilahirkan pada 10 Disember 1912 dan dilantik sebagai Rajah Muda Sarawak pada 25 Ogos 1937. Gelaran mendinag ketika itu adalah Yang Amat Mulia Tuan Rajah Muda Sarawak.

Mendiang dibesarkan di England dan mendapat pendidikan di Eito College sebelum menyambung pelajarannya di Trinity College, Cambridge dan Oriential Studies, University of London. Pada awal 1930an mendiang pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam sektor awam di Sarawak termasuk Jabatan Tanah dan Pendaftaran serta pernah menjadi majistret. 

Mendiang dilucutkan dari jawatannya sebagai Rajah Muda Sarawak pada 17 Januari 1940 dan kemudiannya dikeluarkan dari Sarawak pada September 1941.  Insiden ini berlaku kerana terdapat perselisihan faham diantara mendiang dan Rajah Charles Vyner Brooke diatas perkahwinan mendiang dengan seorang wanita kebanyakan, Kathleen Mary Hudden yang merupakan adik beradik kepada salah seorang pegawai kerajaan Sarawak. Mendiang kemudiannya menyertai Tentera British pada November 1941 dan berkhidmat dengan Tentera British semasa Perang Dunia Kedua.


Mendiang berkahwin sebanyak dua kali, pertama dengan Kathleen Mary Hudden dan berpisah pada tahun 1965.  Mendiang kemudiannya berkahwin dengan Brigitte Keller pada 1982. Hasil perkahwinan pertamanya, mendiang dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu James Bertram Lionel Brooke (1940), Angela Carole Brooke (1942) dan Celia Margaret Brooke (03 November 1944) manakala dengan perkahwinan keduanya mendiang tidak dikurniakan sebarang cahayamata.

Semasa era perang dunia kedua, tentera Jepun telah menyerang Sarawak pada 25 Disember 1941 menyebabkan Rajah Sarawak, Rajah Charles Vyner Brooke bersama keluarganya melarikan diri ke Sydney, Australia.  Setelah tamat perang, Rajah Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak pada 15 April 1946 dan menjadi Rajah Sarawak semula sehingga 01 Julai 1946 sebelum menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.  Dengan ini berakhirlah era pemerintahan Brooke atau Rajah Putih di Sarawak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan