Pengikut

Rabu, 18 September 2013

Hukuman 13 OKZ ditangguhkan dan sekarang mereka dibebaskan [ 10 Gambar ]

Syukur kepada Allah....

TAIPING: 19 Sept -- Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 Orang Kena Zalim -OKZ  (peserta Ops Bubar).
Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Gambar-gambar suasana di Mahkamah Tinggi Taiping yang sempat dirakam:










Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Mereka adalah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47.

Keputusan hakim berkenaan dilihat oleh banyak pihak sebagai "terlalu keras" dan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Apatah lagi permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut telah ditolak menyebabkan kesemua 13 tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara serta-merta.

Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah menyifatkan penghakiman kes tersebut hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 orang tersebut dan banyak pihak terutama PAS Kawasan-kawasan telah mengadakan solat hajat memohon agar kesemua 13 orang tersebut dibebaskan.

--- Video diperkarangan Mahkamah akan menyusul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan