Pengikut

Rabu, 2 Oktober 2013

Guru Bahasa Melayu Lempang Murid Hingga Gegendang Telinga Retak


GEORGE TOWN, 02 OKT. -- Pelajar SJK Perempuan Cina, Tan Xin Ren,11, menunjukkan gambar scan gegendang telinga kiri yang retak bersama laporan polis semasa mengadakan sidang akhbar bersama dengan bapa saudaranya di sini hari ini.
Pelajar tahun lima itu ditampar oleh guru Bahasa Melayu pada pipi kirinya kerana tidak mengingat nombor telefon bimbit bapanya semalam.

Guru berkenaan meminta nombor telefon bimbit bapanya kerana Tan Xin Ren berbual dengan kawan ketika waktu pelajaran.

Akibat daripada tamparan itu pipi kiri pelajar berkenaan bengkak dan merah. 
Bapa pelajar berkenaan membawanya ke Island Hospital untuk pemeriksaan dan didapati gegendang telinga kiri pelajar berkenaan retak.

Berikutan dengan keputusan pemeriksaan itu Tan Xin Ren yang ditemani oleh bapa saudaranya, Tan Tee Beng membuat laporan polis di Balai Pulau Tikus di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan