Pengikut

Ahad, 1 Disember 2013

Kisah Allahyarham Datuk Fauzi Shaari dari orang kampungnya

Datuk Fauzi yang saya kenali.

Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak.

Beliau dilahirkan pada tahun 1950 & menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah & tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun 2,3 kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal.

Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sbg Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP.

Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit .

Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat2 daripada PAS yg menyangka saya sebagai Special Branch(S.B).

Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis. Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat2 maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.

Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia. Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung2 yg datang ke Malaysia ini hanya berminat ke tempat2 maksiat seperti itu. Selepas teguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat2 perjudian dan persundalan.

Datuk Fauzi adalah seorang yg sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja & inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T semoga keluarganya terus diberi kekuatan bersama2 kita mengharungi perjuangan ini.

AlFatihah...

Oleh Jamaluddin Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan