Pengikut

Selasa, 28 Januari 2014

Isu DUN Kajang: "Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku" - TGNA

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.
Posting dari FB page TGNA 
Inilah PKR.. semuanya rasa hebat,semuanya rasa dah terbaik sedangkan berkecamuk dari dalam hingga keluar...Nak buat apa-apa tindakan buat dulu baru nak bincang baru nak bagi tahu dan ada yang tak bagi tahu langsung....

Hinggakan kalau pemimpin dan rakan-rakan lain dalam satu Pakatan pun tak boleh bagi komen dengan tindakan pemimpin dalam pakatan...apa jenis pakatan tersebut? Mungkin boleh dinamakan Pakatan Dok Diam-Diam ,senyap je buat bodoh dengan apa yang lain nak buat,dah sama macam UMNO dan sekutunya..

Aku terpanggil nak tulis ni bukan sebab nak balas dendam dengan sikap pemimpin atau blogger atau fecebooker pro PKR yang dah beberapa kali dok fitnah pimpinan dalam PAS tanpa usul periksa.Habis ditulis fitnah masa pemilihan PAS yang lepas konon ada pimpinan PAS yang melobi jawatan kerana gila jawatan ,perkara ini konon-nya berlaku di Perak.Hebat sungguh face booker pro PKR dari Kuala Kangsar tersebut (malas nak sebut nama-nya) dalam memainkan isu yang agak sensitif,tapi pihak PAS masih boleh bersabar dan buat diam saja,walaupun artikal tersebut siap masuk sebuah akhbar popular tanahair...tapi keadaan yang berlaku sekarang ni( DUN Kajang ) bagi aku PKR memang kurang ajar dalam semangat Pakatan Rakyat.

Nah..!!! apa yang berlaku di DUN Kajang apa cerita..??? Kes gila kuasa atau gila apa..???

Nak buat sesuatu tak bincang dulu,tapi atas nama Pakatan..dah buat keputusan gila baru ajak berbincang tentang gerakerja PRK...pegi pacak bendera sendiri la....jangan dok berlagak konon hebat sangat tapi tenaga kerja pun tarak...Aku harap PKR boleh buat kerja sendiri la PRK kali ni...sebab PRK-PRK yang lepas pun tenagakerja dari PKR sekadar pelancong politik saja dilokasi...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan