Pengikut

Isnin, 17 Mac 2014

MH370: Hilang lagi..!!! Kali ini 4 pelajar di Perak


MasyaAllah...Disaat rakyat di Malaysia masih memikirkan tentang Pesawat MH370 yang sudah lebih seminggu hilang,hari ini rakyat Perak digemparkan dengan kehilangan 4 pelajar....
Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu, Ulu Kenas di Kuala Kangsar, dalam kejadian petang semalam. 
Mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus. 
"Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang semalam," katanya hari ini. 
Mereka merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru. 
Ismail berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk pada 11.35 malam tadi. 
Operasi bersambung semula pada 7 pagi tadi membabitkan 114 orang termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, polis dan orang awam. 
Sehingga pukul 3 petang ini operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemukan keempat-empat pelajar terbabit. – Bernama, 17 Mac, 2014.
Doakan semoga 4 pelajar Kolej Vokasional K. Kangsar yang hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas, Daerah Manong, Perak ditemui semula. 
3 pelajar lelaki dan seorang perempuan itu mendaki bersama 20 rakan dalam ekspedisi memanjat gunung dan didapati hilang berhampiran Sg. Gading. 
Turut membantu dalam operasi mencari ini adalah Jabatan Amal Perak. 
Tuan Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak turut berada di lokasi pencarian.
Mereka telah hilang lebih 24 jam yg lalu
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan