Dengan suhu serendah tolak 4 darjah Fahrenheit selama dua minggu pada bulan Februari, jurugambar hidupan liar Ireland David " Baz " Jenkins merakam beberapa gambar yang luar biasa mengenai harimau bintang salji liar di pergununggan Himalaya India.
Menurut Persatuan Pemuliharaan Wildcat, Harimau salji ini berasal dari kawasan pergunungan Selatan dan Asia Tengah, kebanyakannya aktif pada waktu senja dan subuh . Keunikan haiwan dipergununggan salji ini ialah memiliki bulu yang tebal , berwarna kelabu - putih kot itu, membantu ia untuk bersembunyi dari mangsanya.
Imej-imej yang jarang dirakam dalam koleksi dibawah ini mendedahkan mengapa harimau bintang salji tidak boleh didapati dikebiasaan hutan sebaliknya hanya dikawasan berbatu-batu dikawasan salji.
Jenkins memberitahu Haiwan News Agency . " haiwan ini yang paling sukar yang pernah saya cuba untuk merakam gambar. "
Harimau salji disenaraikan sebagai spesies terancam, menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia yang menganggarkan terdapat kurang daripada 7,000 di hutan . Jurufoto berusia 41 tahun berkata, ia adalah peluang seumur hidup. " Ia amat jarang berlaku untuk mendapatkan peluang seperti ini dengan harimau pada jarak dekat, " jelas Jenkins, " terutamanya jika anda tidak menggunakan kamera perangkap jauh atau jika tidak ia mampu membunuh kita " - TWC
.................
Dalam surah al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman:
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".
Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..
Firman Allah S.W.T Maksudnya :“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”(Al-Mulk : 3-5)
“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”(Al-Mulk : 3-5)
“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “(As Sajadah : 4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan