Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - BH
......................
Pada 4 Jun 2013: Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini.
Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah.
......................
Kedua-dua pelakon lagenda negara ini pernah memenggang watak sebagai Badan dan Nyawa dalam filem "Nujum Pa'Blalang".
http://www.youtube.com/watch?v=BQBIwfiVXFk |
Orangni mengucapkan takziah kepada keluarga seniman negara, Datuk Aziz Satar yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan