Pengikut

Khamis, 1 Mei 2014

Himpunan Bantah GST 1 Mei Polis ucap terima kasih

KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA POLIS KUALA LUMPUR Pihak polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Bandaraya Kuala Lumpur.

Begitu juga kepada para petugas yang bersama-sama terlibat dengan penugasan ini.

Pada jam 5.00 petang, keadaan di Bandaraya Kuala Lumpur ini masih berada dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa lokasi yang telah dipenuhi oleh peserta-peserta perhimpunan.

Ada juga berlaku insiden-insiden kecil seperti tolak-menolak diantara peserta, namun keadaan masih tetap terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan