Pengikut

Isnin, 23 Jun 2014

Ramai yang menghina Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik tanpa disedari

Semalam 23 Jun 2014 berita sedih khususnya bagi ahli-ahli PAS tersebar dimedia massa seluruh negara diatas permergian Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik kerana kemalangan jalanraya.
Jadi ramailah yang membuat posting artikal dilaman-laman media massa seperti Facebook,whatsapp dan sebagainya berkaitan Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik.

Ada yang tulis berkaitan maklumat,sejarah dan sebagainya mengenai Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik.

Orangni juga menerima kirim whatsapp berkaitan semua tu..Wallahualam samada itu nukilan hasil pengiriman atau di copy paste.

Isi-nya memang terbaik....

Tapi tajuk berbunyi "PERGINYA SANG MURABBI" menyebab Orangi rasa tak kena dan amat tidak wajar. 

Mengapa perlu guna perkataan "SANG".?? 
Mengapa tidak hanya "PERGINYA SEORANG MURABBI" ?
Keratan Whatsapp yang diterima dari salah satu group...malangnya ramai yang dikesan copy paste artikal ini 100% di posting ke group whatsapp lain dan juga laman FB.
Salah satu laman yang turut mengunakan perkataan "Sang"
Kerana mengunakan perkataan "SANG" sebagai perkataan kata awal nama pada manusia amat tidak sesuai digunakan ,ianya hanya sesuai digunakan pada bintang seperti yang terdapat dalam kisah-kisah zaman dahulu seperti Sang Kancil dan sebagainya,jika hendak juga dijadikan kata awal nama pada manusia selalunya di gunakan untuk watak manusia yang negatif atau tidak baik seperti Sang Penyamun,Sang Perompak dan sebagainya.

Orangni bukanlah pakar dalam bahasa atau pengamal bahasa Melayu yang pakar atau tegar. Sebab penulisan Orangni pun katogeri rojak juga.

Tapi dalam isu tajuk yang bersangkut paut dengan individu seperti Almarhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik Orangni rasa amat tidak sesuai dan  wajar diambil perhatian.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php
Kemungkinan budaya copy paste tanpa usul periksa dialam maya  menjadi penyebab ramai yang seperti menghina tanpa disedari.

Orang Islam perlu pandai...tapi jangan memandai-mandai jika tak tahu.

Orangni pun bukanlah pandai sangat...tapi berhati-hati juga dalam penulisan takut juga terlebih memandai-mandai..

**Disini Orangni ingin menyampaikan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga al-Marhum Ustaz Dato' Abu Bakar Chik yang telah pulang ke rahmatullah.

Semoga roh al-Marhum ditempatkan di kalangan para pejuang Islam dan solihin. 
Amiin.
Al Fatihah.

8 ulasan:

  1. Biasa saja orang guna Sang. Mungkin admin tak pernah tengok cerita2 tarbawi/haraki drpd indonesia. Kebanyakan tajuknya seperti Sang Kiyai, Sang Murobbi, etc. Tidak ada masalahnya. Jgn nak perbesar hal yg kecil wahai admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang... kalau yg kecil boleh jadi besar...tapi yg besar berjawatan selalunya susah terima teguran yang dari yg kecil.....

      Padam
    2. Pada saya takda masalahnya encik utk kita guna sang. Bahkan bg saya satu pemilihan kata yg cantik bila kita guna Sang Murobbi.

      Bukan kita maksudkan dgn spti sang kancil apa semua tu. bahasa ni luas dan cantik. Tak perlu kita sempitkan

      Padam
    3. penggunaan Sang dalam bahasa kita (terkini) hanya untuk haiwan...tetapi dalam bahasa Indonesia dibolehkan...tanyalah budak2 tahun 6 UPSR, mereka tentunya arif...mereka belajar...kita hanya leka dan selalu mendabik dada dengan ilmu yang kita tahu tanpa memperbaharui dengan perkembangan ilmu bahasa terkini..

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ya penggunaan Sang dalam bahasa kita (terkini) hanya untuk haiwan...tetapi dalam bahasa Indonesia dibolehkan...tanyalah budak2 tahun 6 UPSR, mereka tentunya arif...mereka belajar...kita hanya leka dan selalu mendabik dada dengan ilmu yang kita tahu tanpa memperbaharui dengan perkembangan ilmu bahasa terkini....

    BalasPadam
  4. Perkataan sang dlm bhasa purbakala adalah merujuk kpd satu..tiada dua dan tiga...perkataan ini juga di guna kan dlm buku sejarah gugusan tanah jawi yg di tulis 1000 taun dlu...admin tahu tak??sblum di knali tanah melayu..di sini di gelar tanah jawi... dan perkataan sang itu jga membawa maksud tiada peganti...

    BalasPadam
  5. Al-fatihah. Hilang satu lagi permata islam.

    Marilah kita sama2 mengkaji kehebatan kitab Al-Quran menjelaskan pelbagai fenomena terkini sperti hanfon (wireless communication), komputer (ICT), kepintaran buatan (artificial intelligence), dan sebagainya. layarilah http://kajian-quran.blogspot.com/

    BalasPadam