Pengikut

Jumaat, 20 Jun 2014

Senarai Terkini: Pewaris Tahta Negeri Perak Yang Baru Dan Gelaran Bagi Tuanku Zara & Tuanku Bainun


Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah telah memutuskan bahawa berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 20 Jun 2014 bersamaan 22 Syabaan 1435H Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah juga telah berkenan menganugerahkan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun kepada balu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang juga merupakan bonda baginda.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara 
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Selain daripada itu senarai baru pewaris tahta yang diputuskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut :-
  1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar ibni Raja Muda Musa
  2. Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah 

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 juga telah memutuskan bahawa tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak telah ditetapkan pada tarikh 27 November setiap tahun dan sambutan hari keputeraan buat pertama kalinya akan diadakan pada tahun 2015.

Tiga penyandang bagi Raja Bergelar yang lainnya masih lagi  kosong seperti berikut :-
  1. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan
  2. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan

Sumber :- Bernama

1 ulasan:

  1. Salamm mullah qadammullah..kenapakah begini jadinya susur galur kesultanan perak ini..inilah jadinya apabila kuasa dan nafsu menguasai jiwa..hanya allah swt yang mengatahui setiap asal usul kejadian yang diciptakan olehnya..

    BalasPadam