Pengikut

Khamis, 3 Julai 2014

Kemalangan Maut Kereta Kebal ATM Di Lebuhraya Kuala Kangsar ( 6 Gambar )

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar melibatkan konvoi aset tentera darat. Dilaporkan aset tentera darat tersebut sedang bergerak ke Asahan untuk latihan menembak.

Sebuah daripada kenderaan tersebut telah melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. Kemalangan tersebut meragut nyawa dua anggota Armor dan seorang Ketua Kenderaan. Ketua kenderaan yang dikenali sebagai Sarjan Bayong pula, telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anggota di dalam kenderaan bernama Korporal Patanah turut meninggal di tempat kejadian. Pemandu pula mengalami kecederaan parah. 3 orang anggota yang berada dalam kenderaan Condor di belakang, terselamat.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan Sibmas yang merupakan sebuah kereta perisai di KM 232.6. Insiden dikatakan berlaku berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan melanggar kanan bahu lebuhraya dan terbalik ke kiri bahu lebuh raya.

Anggota-anggota yang terlibat adalah:

1. Lans Koperal Fredy - pemandu (cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangar)
2. Koperal Sharifuddin bin Abdullah - cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar
3. Sarjan Bayong - meninggal di tempat kejadian.
4. Koperal Fatanah bin Ismail - meninggal di hospital.

Al-Fatihah dan takziah untuk perajurit-perajurit negara yang terkorban itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan