Pengikut

Sabtu, 25 Oktober 2014

Ketua Wanita PKR Terlebih Minum Ketum..?

Kalau nak bodek Kak Wan dengan Anwar Ibrahim (KETUM) sekalipun agak-agak la dalam menyerang Khalid Ibrahim tu Zuraida ooiii...Terlebih Minum Ketum ke...???

Janganlah sampai melibatkan Syurga dan Neraka pulak... lagipun dosa, pahala, Syurga dan Neraka itu hanya Allah yang menentukannya bukan hang!...Terlebih Minum Ketum ke...???

Tak pernah pulak aku dengar mana-mana ayat Al-Quran menjelaskan bahawa menentang arahan Presiden Parti itu akan membawa kita ke Neraka....Terlebih Minum Ketum ke...???

Ada baiknya sesi penerangan mengenai isu MB Selangor yang diadakan oleh PKR ini, pemimpin-pemimpin yang berucap menjelaskan kepada rakyat Selangor apa dasar-dasar baru yang akan di bawa oleh MB yang baru....Terlebih Minum Ketum ke...???

Kita kata kita mahukan yang lebih baik untuk rakyat Selangor.. tapi kita langsung tak menjelaskan apa yang lebih baiknya itu.. ...

Selain dari menjelaskan sebab-sebab Khalid dipecat iaitu ingkar keputusan parti dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) supaya menangguhkan projek Langat 2 serta kenaikan gaji Exco Kerajaan Selangor.

Ingkar keputusan parti dan MPPR dalam isu penstrukturan air Selangor dan ingkar keputusan parti dan MPPR dengan pertahan projek KIDEX. 

Serta gagal memberi penjelasan kepada parti dan MPPR dalam isu mengenai isu pelupusan hutang peribadi hampir RM70 juta dengan Bank Islam.

Terangkanlah kepada rakyat Selangor apakah rasionalnya dasar baru perlu diperkenalkan kepada rakyat Selangor, sejauh mana ianya akan meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor..

Ini tidak.. sesi penerangan ini telah digunakan untuk memburuk-burukkan Tan Sri Khalid sahaja oleh individu-individu yang menyimpan dendam terhadap Khalid.

Dulu bila kes Ketua Umum dibicarakan di Mahkamah tentang kes tuduhan liwat itu, pandai pulak kita kata 'Selagi mahkamah tak buktikan beliau bersalah... Beliau tidak bersalah"..

Tapi dalam kes Khalid ni hanya kerana ada keraguan tentang hutangnya dengan Bank Islam dan belum sempat SPRM siasat untuk membuktikan ada sabitan kes atau tidak.. kita dah pecat beliau.

Kita juga dianggap sebagai sebuah parti yang zalim terhadap ahlinya bila PKR hanya memberikan tempoh 4 hari untuk Khalid menjawab surat tunjuk sebab, sedangkan UMNO yang kita sering kutuk itu jelas lebih berperikemanusiaan.. mereka berikan sekurang-kurangnya 2 minggu kepada ahlinya untuk menjawab surat tunjuk sebab.

Malah jika ada ahli mereka yang bertaraf pemimpin sekalipun dipecat mereka, UMNO tidak mengadakan siri jelajah seluruh negeri untuk memburuk burukkan ahli atau pemimpin yang dipecat itu.

Siri jelajah memburuk-burukkan Khalid ini sebenarnya lebih mengundang simpati rakyat Selangor terhadap Khalid dan menimbulkan rasa kasihan terhadap Khalid.

Sebabnya mereka rakyat tidak peduli samaada Khalid ini tidak memberika kebaikkan kepada parti atau tidak, apa yang majoriti mereka tahu ialah Khalid ialah Menteri Besar yang banyak membawa kebaikkan untuk rakyat..

Walaupun kita sering melabel Khalid sebagai kedekut hingga ada yang pernah berkata "Kalau satu sen tu. boleh dikerat dua... Khalid akan kerat dan gunakannya..."

Apa yang perlu kita akui ialah Khalid baik untuk rakyat.. dan kita juga menjadikan kejayaan Khalid mentadbir Selangor satu kebanggan dan model..

Dan tindakan kita menyerang Khalid melalui siri penerangan ini sebenarnya menjadikan Khalid 'HERO' buat rakyat Selangor...

Laporan berkaitan...

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

"Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil,” kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,” tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

"Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini,” kata Zuraida.

ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari mengakui Khalid kuat bekerja namun gagal mengimbangkan tugasnya dalam berkhidmat untuk rakyat.

Malah ramai penduduk di kawasan DUNnya di Pelabuhan Klang merungut tidak berjumpa Khalid lebih daripada setahun.

"Bukan kata Khalid tidak baik tapi kita nak lebih baik.

"Sebagai wakil rakyat kena seimbang tugas di kerjaan dan dibawah kena ada. Ada yang mengadu sudah setahun tidak berjumpa dengan ADUN Pelabuhan Klang,” kata Yakob.

Beliau berkata mana-mana parti politik tidak mungkin menerima pemimpin yang tidak sehaluan dengan aspirasi dan perjuangan parti.

"Ini di negeri Selangor, MB ke tempat lain parti politik ke tempat lain. Tidak ada keselarian," ujar beliau lagi.

Beliau menegur Khalid sebagai pemimpin yang “bergerak sendiri” dan bukan secara berpasukan.

"MB selepas ini diharap tidak menjadi pemimpin yang bergerak sendiri tetapi akan bergerak bersama memastikan perubahan-perubahan yang kita harap dapat terus dipacu.

“Ini kerana azam kita bukan sahaja nak pertahankan Selangor tetapi menuju Putrajaya dan Selangor ini adalah asas kita untuk melonjakkan PR,” tambah beliau ~ AntaraPos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan