Pengikut

Isnin, 3 November 2014

Pelakon Hantu Kak Limah: Pak Jabit marah penyokong Saiful


PUTRAJAYA - Kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi rupa-rupanya menimbulkan kemarahan kepada pelakon filem Hantu Kak Limah yang memegang watak Pak Jabit.

Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir berkata, penyokong Saiful tidak sewajarnya datang ke kawasan tersebut dan sengaja mencetuskan kontroversi kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Dia datang kawasan kita, dia buat provokasi. Dia datang tidak beradab.

"Kita (penyokong Anwar) tidak mahu publisiti, dia (penyokong Saiful) datang hendak lagakan kita.


"Dia selalu di sana (merujuk kepada kawasan bersebelahan yang dikhaskan untuk penyokong Saiful), tetapi hari ini dia datang ke kawasan kita buat kecoh, ini tidak baiklah," katanya, hari ini.

Suasana pagi tadi di pekarangan kompleks Istana Kehakiman yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Anwar itu mula mencetuskan provokasi.- SH

2 ulasan:

  1. hakikatnya penyokong2 Saiful tu kebanyakannya LEMBU2 peliharaan UMNO... manalah tahu mereka tu tentang perbicaraan...kebanyakannya bebal dan kelembuan...

    BalasPadam
  2. amat pelik ada org dgn suka rela dan bersemangat utk keluar duit tempah baju 'keadilan utk saifool'.

    kecuali

    memang ada pihak sponsor tempah baju dan upah org memakainya.

    buat apa nk sokong saifool, saifool bukan pasukan bola pahang.

    BalasPadam