Pengikut

Rabu, 21 Januari 2015

Banjir besar di Matu Jemoreng Sarawak [ 20 Gambar ]

Sebenarnya saban tahun kejadian banjir berlaku di beberapa lokasi di Sarawak jika hujan turun dengan lebat berterusan...cuma kali ini air banjir agak merisaukan penduduk kerana dikatakan sudah mencapai tahap paling dalam dan bahaya( Buaya pun ada tok...hahaha..)...

Mujurlah kebanyakan penduduk seperti dikampung Matu Jemoreng dan kampung sekitarnya  membina rumah kediaman dengan tinggi dari tanah,kalau tak silap hampir 7 ke 8 kaki ukuran tiang rumah dari tanah ke lantai....itupun dah ada yang cecah lantai rumah dalam banjir kali ini. Kalau rumah bawah...tentu dah tenggelam dalam air banjir.






















.
Hmmm...Semua ni gambar edit ni rasanya... Sarawak tak akan banjir punyalah... Sarawak ada banyak empangan yang besar untuk penadahan air. Malah pengurusan hutan di Sarawak yang lestari dan bestari dikawal sebaiknya oleh kerajaan pimpinan BN.

Setakat ini tiada rekod pembalakan haram di Sarawak. Kalau ada pun berita pembalakan haram, tu semua fitnah dari pihak tertentu seperti BMF (Burno Manser Fund (kalau silap ejaan minta maaf) ) dan pihak pembangkang. 

Begitu bijaknya BN mengurus takbir hutan dan pembalakan di Sarawak. Jangan sesekali percaya berita bahawa Sarawak banjir. Kerana di Malaysia, banjir hanya melanda dan memilih negeri-negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat (terutama PAS) sahaja. Selain daripada itu, air banjir akan lenyap ditelan bumi.

Sekian.

ASZFIA HARIS EL HARAKI
ANAK JATI BUMI KENYALANG


Orangni mengucapkan "Terima kasih" buat rakan sahabat dibumikenyalang yang berkongsi info...
- Apa komen dan respon dari Shahidan Kassim mengenai banjir buruk yang melanda Sarawak ni ... tidak berhajat nak mengeluarkan kenyataan gred bangang ke...????

1 ulasan: