Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Perak. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2015

Pelancaran Pasma Perak menyalahgunakan jawatan - Muhaimin Sulam

Iklan tanpa pengesahan kehadiran jemputan...tindakan tidak beretika penganjur
Sumber Whatsapp dan Facebook
..........................

Isu Pelancaran PASMA Perak.

Kepada Semua Pimpinan
PR Perak.


Salam.

Pihak penganjur program 'Pelancaran Pasma Perak' membuat iklan tanpa pengesahan kehadiran jemputan. Penganjur juga menyalahgunakan jawatannya sebagai Penyelaras DHPP Perak. Ini kerana dibuat tanpa pengetahuan daripada Lujnah Perpaduan Nasional DHPP Perak dan DHPP sendiri. Ini adalah satu tindakan tidak beretika.

Mengambil rekod perpaduan dan hubungan baik antara PAS, DAP dan juga PKR di Perak selama ini, adalah amat dihargai untuk semua pimpinan PR Perak terus saling hormat menghormati dan memanfaatkan mesyuarat PR sebagai makenisme sebarang persoalan yang berbangkit.

Sekian, terima kasih.
Wasalam.










Muhaimin Sulam
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak






Khamis, 14 Mac 2013

Bantah Kehadiran DSAI: Unit Amal Bukit Gantang Dicabar..!!! Jika berani sila lah turun.....

Klik imej untuk lebih jelas
Sejumlah 61 laporan polis telah dibuat pada malam ini di IPD Taiping dan Balai Polis Kamunting.  Laporan ini dibuat sebagai membantah akan kehadiran Anwar Ibrahim ke Surau Diri Jumaat Surau Istiqlal Taman Mewah Fasa II. Kamunting Perak, kawasan Parlimen Bukit Gantang.  Anwar dijadual akan menyampaikan tazkirah politik di surau tersebut selepas solat maghrib 15 Mac 2013 (Jumaat).

61 repot telah dibuat oleh pelbagai NGO sekitar Taiping dan Bukit Gantang, mereka terdiri daripada Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang, Pertubuhan Belia dan pelbagai kelab-kelab yang berdaftar dengan ROS.

Penduduk Taman Mewah dan tidak mahu menerima kedatangan seorang pengkhianat negara,agama dan bangsa untuk menabur berita dusta kepada penduduk Taman Mewah.

Menurut seorang pemuda yang membuat laporan tadi memberi amaran kepada Anwar supaya tidak turun ke Taman Mewah, sekiranya berdegil beliau dan rakan-rakannya akan bertindak terhadap rombongan Anwar seperti mana yang dilakukan oleh penduduk di beberapa negeri lain. Jika Pas menurunkan Unit Amal  100 orang. beliau akan membawa 200 orang untuk berdepan dengan rombongan peliwat tersebut. Sebarang kemungkinan akan berlaku dan kali ini akan melibatkan bekas-bekas tentera yang berada di sekitar Taiping.

Jika berani sila lah turun. Beberapa Ngo India juga akan turut hadir untuk membantah kehadiran Anwar petang esok.- Sumber sila klik sini: http://peraktoday.com/?p=110714

........................
Orangni: Mereka buat laporan polis konon-nya membantah kehadiran DSAI tapi satu UGUTAN,HASUTAN DAN PENCETUS HURU -HARA telah dilontarkan oleh pihak UMNO BN..."Jika berani sila lah turun". apa tindakan Unit Amal Bukit Gantang dan PDRM dalam isu ini...????