Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

Dato’ Dr Hasan Ali Harapan Mereka…Siapa Mereka ?






Sejak kebelakangan ini wajahnya,ceritanya dan semua tentang Dato’ Dr Hasan Ali panas diperkatakan di media massa arus perdana dan di setiap program UMNO nama Dato’ Dr Hasan Ali akan disebut-sebut oleh penceramah dan pemimpin UMNO dalam ucapan mereka,tambahan pula Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sibuk dengan program menjelajah seluruh negara demi bertemu orang ramai yang mungkin ingin tahu hala tuju perjuangan beliau selepas ini serta ditambah pula dengan tertubuhnya NGO baru dari ilhamnya “JATI”.

Sekarang ini setiap persinggahan program Dato’ Dr Hasan Ali pasti akan ditaja oleh badan-badan NGO konon-nya. Tapi hakikat yang jelas dan nyata penaja utamanya ialah UMNO yang dilihat kantoi dalam lakonan bertopengkan NGO.

Penulis pernah beberapa kali terjah ke lokasi program Dato’ Dr Hasan Ali,apa yang pasti di lihat ialah beberapa orang pemimpin UMNO setempat berada dikerusi hadapan pentas dan mejoriti yang hadir ialah ahli UMNO dari pelbagai lapisan seperti Pemuda UMNO dan Puteri UMNO. Penulis berpendapat bahawa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sudah menjadi ikon utama dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga hero baru dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga dipandang sebahagian daripada kepimpinan UMNO dan Dato’ Dr Hasan Ali juga di pandang sebagai penyelamat dalam mengembalikan sokongan terhadap UMNO. Bertepatan pula dengan gaya penyampaian Dato’ Dr Hasan Ali dalam ceramahnya yang tiada had sempadan untuk menghentam semua pemimpin PAS,PKR dan DAP. Setiap ungkapan serta mencemuhnya terhadap Pakatan Rakyat pasti akan mendapat tepukan gemuruh dan teriakan gegak gempita dari mereka. SIAPA MEREKA…??? Sudah tentu ahli penyokong UMNO.

Sepekara lagi ialah pihak pengajur program ceramah Dato’ Dr Hasan Ali sanggup bersusah payah menyewakan beberapa buah bas untuk digunakan mengangkut para tetamu. Contohnya semasa Dato’ Dr Hasan Ali datang ke Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini,dengan mata Penulis sendiri melihat 3 buah bas disewa untuk tujuan tersebut,hebat sungguh mereka…SIAPA MEREKA ITU..??? Sudah tentu orang UMNO.

Siapa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang ..? Ini bukan persoalan penting bagi Penulis, tapi apa yang penting dan terserlah ialah pemimpin UMNO setempat dan ahli-ahli UMNO seperti sangat mengharapkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi sebahagian dari mereka. Adakah Dato’ Dr Hasan Ali bakal menerajui UMNO..? Mungkin juga ramai orang-orang dalam UMNO inginkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi ketua mereka,menjadi Presiden mereka atau mungkin mahu mengangkat Dato’ Dr Hasan Ali menjadi PM mereka…. SIAPA MEREKA ITU…??? *kali ini sendiri mau jawap…!!!

Ceramah DHA di Bukit Gantang. Mereka ini orang UMNO Bukit Gantang sangat kenal.


Mereka yang ramai itu... Dr Hasan Ali tentu kenal dari parti mana mereka..





Rabu, 1 Februari 2012

Batu Gajah : Ceramah PAS dihadapan Vs Ceramah UMNO dibelakang



1 Feb 2012 ~ PASTI Al-Munir, Bandar Tasek Idaman Kg Pisang Batu Gajah Perak: “Ceramah Perdana” anjuran Dewan Pemuda PAS Batu Gajah telah mendapat kelulusan permit dari PDRM untuk adakan ceramah sempena perasmian pembukaan PASTI Al-Munir. Penceramah terdiri daripada Dato Seri Nizar,Ust Fakhrulrazi dan Abg Bob Lokman. Namun berlainan pula dengan pihak UMNO Batu Gajah yang sengaja mengadakan program ceramah yang dilihat satu program terdesak kerana mahu menunjuk sikap ingin berlawan. Ceramah tajaan UMNO tersebut jaraknya hanya 200meter di belakang lokasi ceramah PAS berlangsung.Penceramah UMNO yang penulis kenal ialah YB Rosli Terong dan YB Hamidah Sg Rapat…(yang lain Penulis tak kenal pun…haha..)

Penulis mendapat info bahawa ceramah UMNO tersebut telah diperuntukan RM60ribu .Hasil terjah penulis dilokasi ceramah UMNO ini,dilihat para pengunjungnya memang di jamu makan minum percuma dan ada acara nombor cabutan bertuah ( Penulis pun dapat juga kupon tersebut…hehehe…) .

Disamping itu juga pihak UMNO juga telah mengupah budak-budak akhir belasan tahun yang bermotosikal untuk berkonvoi dan mengarak YB Hamidah Adun Sungai Rapat kelokasi ceramah. Penulis mendapat maklumat budak-budak ini telah diupah dengan mendapat sehelai T-Shirt percuma dan sejumlah duit RM50.

Hujan telah turun diawal kedua-dua majlis ceramah ini bermula,namun kehadiran tidak berkurangan malah makin bertambah,walaupun dilokasi ceramah PAS tiada disediakan khemah sepertimana dilokasi UMNO. Dari pemerhatian Penulis kehadiran di lokasi UMNO hanyalah sekitar 500 orang sahaja,manakala dilokasi ceramah PAS kehadiran amat mengalakan hingga mencecah lebih 1000 orang.

Ceramah UMNO mendapat tamparan hebat apabila pihak Polis telah membenarkan ceramah PAS berlangsung lebih 20 minit dari masa dalam permit iaitu jam 12 malam. DSN dan penganjur mengucapkan ribuan terima kasih buat PDRM yang berjaya mengawal keadaan dan memberi lebih masa untuk PAS berceramah...


Ceramah UMNO tamat awal setelah selesai acara cabutan hadiah bertuah....sebenornye...mereka yang datang keceramah UMNO tu hanya nak makan dan hadiah tu aje...kalau tak tak ada semua tu......mungkin YB Hamidah akan ceramah dengan kerusi je....hehehe...


YB DSN sedang berceramah

Abg Bob Lokman

DSN merasmikan PASTI


Lokasi ceramah PAS...tiada kerusi,tiada khemah,tiada makan free..penyokong tetap ramai.



YB Hamidah.. time ni bukan dia berceramah,tapi sedang menyanyi....




YB Rosli Terong berkata " Jika di-ikutkan....RM500 dari BR1M hanya untuk orang UMNO BN saja....depa orang PAS tak layak..!!!"
* Nampak sesangat kamu ni tak cerdik YB Rosli...hehehe..





Penceramah ini Penulis tak kenal... tapi dia ni ustaz UMNO,tapi tengoklah mamat UMNO yang jadi penjaga tiang khemah tu....tersembol kepala lutut didepan penyokong UMNO..hehehe..

Ini penyokong UMNO yang datang singgah dilokasi ceramah PAS...mudahan pintu hatinya terbuka untuk PAS dan Menolak UMNO.
(Penulis tahu sebab Mat ni pegang risalah yang diedarkan diceramah UMNO ada ditanganya..)



784.... hahaha... Penulis pun dapat kupon cabutan bertuah.. kalau tunggu di lokasi ceramah UMNO sampai habis,Penulis mungkin dapat hadiah dari YB Hamidah...hahaha..


Kenderaan yang membawa YB Hamidah melintasi lokasi ceramah PAS yang masih rancak berlangsung...balik awal YB Hamidah...hehehe