Pengikut

Rabu, 1 Februari 2012

Batu Gajah : Ceramah PAS dihadapan Vs Ceramah UMNO dibelakang



1 Feb 2012 ~ PASTI Al-Munir, Bandar Tasek Idaman Kg Pisang Batu Gajah Perak: “Ceramah Perdana” anjuran Dewan Pemuda PAS Batu Gajah telah mendapat kelulusan permit dari PDRM untuk adakan ceramah sempena perasmian pembukaan PASTI Al-Munir. Penceramah terdiri daripada Dato Seri Nizar,Ust Fakhrulrazi dan Abg Bob Lokman. Namun berlainan pula dengan pihak UMNO Batu Gajah yang sengaja mengadakan program ceramah yang dilihat satu program terdesak kerana mahu menunjuk sikap ingin berlawan. Ceramah tajaan UMNO tersebut jaraknya hanya 200meter di belakang lokasi ceramah PAS berlangsung.Penceramah UMNO yang penulis kenal ialah YB Rosli Terong dan YB Hamidah Sg Rapat…(yang lain Penulis tak kenal pun…haha..)

Penulis mendapat info bahawa ceramah UMNO tersebut telah diperuntukan RM60ribu .Hasil terjah penulis dilokasi ceramah UMNO ini,dilihat para pengunjungnya memang di jamu makan minum percuma dan ada acara nombor cabutan bertuah ( Penulis pun dapat juga kupon tersebut…hehehe…) .

Disamping itu juga pihak UMNO juga telah mengupah budak-budak akhir belasan tahun yang bermotosikal untuk berkonvoi dan mengarak YB Hamidah Adun Sungai Rapat kelokasi ceramah. Penulis mendapat maklumat budak-budak ini telah diupah dengan mendapat sehelai T-Shirt percuma dan sejumlah duit RM50.

Hujan telah turun diawal kedua-dua majlis ceramah ini bermula,namun kehadiran tidak berkurangan malah makin bertambah,walaupun dilokasi ceramah PAS tiada disediakan khemah sepertimana dilokasi UMNO. Dari pemerhatian Penulis kehadiran di lokasi UMNO hanyalah sekitar 500 orang sahaja,manakala dilokasi ceramah PAS kehadiran amat mengalakan hingga mencecah lebih 1000 orang.

Ceramah UMNO mendapat tamparan hebat apabila pihak Polis telah membenarkan ceramah PAS berlangsung lebih 20 minit dari masa dalam permit iaitu jam 12 malam. DSN dan penganjur mengucapkan ribuan terima kasih buat PDRM yang berjaya mengawal keadaan dan memberi lebih masa untuk PAS berceramah...


Ceramah UMNO tamat awal setelah selesai acara cabutan hadiah bertuah....sebenornye...mereka yang datang keceramah UMNO tu hanya nak makan dan hadiah tu aje...kalau tak tak ada semua tu......mungkin YB Hamidah akan ceramah dengan kerusi je....hehehe...


YB DSN sedang berceramah

Abg Bob Lokman

DSN merasmikan PASTI


Lokasi ceramah PAS...tiada kerusi,tiada khemah,tiada makan free..penyokong tetap ramai.



YB Hamidah.. time ni bukan dia berceramah,tapi sedang menyanyi....




YB Rosli Terong berkata " Jika di-ikutkan....RM500 dari BR1M hanya untuk orang UMNO BN saja....depa orang PAS tak layak..!!!"
* Nampak sesangat kamu ni tak cerdik YB Rosli...hehehe..





Penceramah ini Penulis tak kenal... tapi dia ni ustaz UMNO,tapi tengoklah mamat UMNO yang jadi penjaga tiang khemah tu....tersembol kepala lutut didepan penyokong UMNO..hehehe..

Ini penyokong UMNO yang datang singgah dilokasi ceramah PAS...mudahan pintu hatinya terbuka untuk PAS dan Menolak UMNO.
(Penulis tahu sebab Mat ni pegang risalah yang diedarkan diceramah UMNO ada ditanganya..)



784.... hahaha... Penulis pun dapat kupon cabutan bertuah.. kalau tunggu di lokasi ceramah UMNO sampai habis,Penulis mungkin dapat hadiah dari YB Hamidah...hahaha..


Kenderaan yang membawa YB Hamidah melintasi lokasi ceramah PAS yang masih rancak berlangsung...balik awal YB Hamidah...hehehe







Tiada ulasan:

Catat Ulasan