Pengikut

Rabu, 31 Oktober 2012

"Kami ada vedio tau" bikin UMNO Taiping panas

Semalam aku ada posting tajuk "PANAS...!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO".

Hari ini dah ada respon dari UMNO Taiping nampaknya...hahaha...

Khabarnya mereka akan selongkar selidik isu agenda nak jatuhkan Zahir dan Shalimin  semasa satu perjumpaan dirumah mantan ketua bahagian UMNO Taiping pada hari raya korban lalu.

Isu "Kami ada vedio tau" menjadi panas nampaknya, ayat ini tertera dibahagian bawah posting blog "Taiping Aman Jaya" yang mendedahkan segala kepincangan dalaman UMNO Taiping.

Menurut blog tajaan UMNO Taipingmali, Shalimin,Zahir,Zambry Kadir pun nak tengok vedio tu, bahkan Muhyiddin pun nak tengok juga..dan mencabar vedio ni di upload diyoutube.

Wah...!!! Panas betul isu ni...TPM pun dah tau rupanya... Najib dah tau belum..?? Hahaha.....

Paling sadis dan brutalnya ialah beberapa nama yang terdapat dalam senarai AJK (yang dibol merah) tepaksa menjawap...kesian...kesian...kesian....Dato Malik pun akan disoalsiasat Taipingmali khabarnya....huuuu.....dasyat...

Diantara mereka ini ada yang berjawatan Tok Ketua Kampung dan JKKK. Semua AJK ini dikatakan otai-otai orang lama UMNO Taiping yang diketuai Dato Malik mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping.

Khabarnya...Dato Malik dok berusaha keras tungging terbalik nak calonkan bininya DatinYatimah sebagai calon wanita di DUN Kemunting pada PRU akan datang.

Keujudan blog misteri "Taiping Aman Jaya" ini sekurang-kurangnya mendedahkan segala masaalah dalaman UMNO Taiping kepada pengetahuan umum.

Tapi malangnya sebentar tadi aku cuba buka blog ni...tapi dah hilang dari laman web...

Kenapa hilang aku tak tahulah...mungkin juga tangan yang sibuk nak selidik siapa punya blog,siapa punya kerja...tapi dia punya kerja sebenarnya....hahaha.....

Orgni: Cikgu Najmy.....Orangni blogspot bukan milik PAS Taiping je.....tapi milik semua la.......hahahaha....



Gambar-gambar kesan ribut yang mengemparkan penduduk Miri

MIRI: Penduduk di bebe-rapa kawasan di bandar raya ini gempar selepas dilanda angin kencang yang luar biasa dan hujan lebat, sehingga ada yang menyifatkannya sebagai ‘puting beliung.’

Ribut yang berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam telah menumbangkan berpuluh-puluh batang pokok di sekitar kawasan Krokop, Pusat Komersil Boulevard, Pujut Corner dan Pujut Tanjung Batu, sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan raya di Jalan Miri-Pujut, Jalan Bulan Sabit, Jalan Krokop dan beberapa batang jalan yang lain.

Selain itu, beberapa tiang elektrik turut patah dan tumbang serta menyebabkan kawasan sekitarnya terputus bekalan elektrik.

Kejadian yang berlaku dalam masa kurang daripada 20 mi-nit itu turut menyebabkan Institut Memandu Bandaraya Miri Sdn Bhd yang terletak di Pusat Komersil Boulevard di sini mengalami kerosakan teruk dengan seluruh bahagian bumbung bangunannya di-terbangkan angin kencang.

Manakala, peralatan dalam pejabat seperti komputer dan barangan elektrik yang lain rosak akibat ditimpa hujan lebat.
Turut terjejas teruk ialah salah sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Miri yang menempatkan dewan sekolahnya dan ‘Kedai Bulan’ di Pujut Corner di sini.

Kawasan Pujut Corner yang paling banyak mengalami pokok-pokok tumbang akibat kejadian itu tidak ubah seperti dilanda ‘garuda,’ hingga ada kediaman tidak kelihatan akibat dahan-dahan pokok yang patah.

Sementara itu, dianggarkan lebih 10 buah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta di kawasan terbabit turut rosak selepas dihem-pap pokok tumbang.

Dalam pada itu, menurut Penguasa Bomba Zon Miri, Superintenden Unjar Lum, sehingga jam 4 petang semalam Balai Bomba Lopeng ada menerima enam laporan kes pokok tumbang kebanyakannya berlaku di kawasan Boulevard, Krokop dan Permyjaya.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota bomba yang terbahagi kepada beberapa kumpulan telah bergerak ke enam lokasi kejadian di sekitar Krokop dan Boulevard.

“Meskipun menerima banyak laporan kes pokok tumbang, namun kita hanya ber-gerak mengikut keperluan seperti pokok tumbang yang menghempap rumah atau jalan raya sehingga menghalang lalu lintas yang memerlukan bantuan bomba untuk me-motong dahan pokok ber-kenaan,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, pihaknya ada menerima 10 laporan kes pokok tumbang dan atap rumah terbang termasuk sebuah rumah di Krokop 8 yang mana bumbung rumahnya terbang hingga menghempap rumah jiran sebelah.


Menurut seorang suri rumah di Pujut Tanjung Batu, Isah Talip, 54, beliau tidak pernah melihat kejadian ribut yang menakutkan seperti itu.

“Keadaan angin berpusar-pusar dengan daun-daun kering, dahan yang patah dan sampah sarap berterbangan semuanya, hingga ada yang terjatuh di atas jalan dan rumah-rumah. Keadaannya memang sungguh menakutkan,” jelas beliau.

Kediaman beliau antara rumah di Kampung Pujut Tanjung Batu yang terputus be-kalan elektrik bermula dari waktu kejadian berlaku.-  BorneoPost online