![]() |
Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.
Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.
Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.
** Marilah kita semua mendoakan semoga Dato Fauzi kembali sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya...amin..
|
Pengikut
Rabu, 27 November 2013
Gambar Terkini Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Masih Di Wad ICU
Sebelum ini Orangni ada update mengenai kisah Datuk Fauzi Shaari dirawat di hospital Selayang, tingkat 9B. Nampaknya bekas calon PAS Larut dalam PRU-13 ini masih terlantar diwad ICU dihospital tersebut hingga sekarang.
Waran tangkap pengendali BLOG 'Papa Gomo'
Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, selepas gagal hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak penjagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.
Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28, selaku pemohon kes berkenaan.
Pelaksanaan waran tangkap itu diberikan kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan kes.
Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri selaku responden di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)


