Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

UMNO Perak dan Zambry dah mula goyah apabila Cina Perak Paling ramai Sokong Pas !!


Semakin hari semakin mendebarkan buat UMNO Perak dan juga Zambry,, malah Zambrylah yang paling risau, pertama risau tindakan rakyat Perak akan mengulangi semula sebagaimana PRU12 2008 dahulu, yang kedua risau jawatan MB akan ditukar oleh Najib dengan muka baru,,, bukan muka mamak punya standard...

Semua kita tahu, sebelum ini Zambry dah mula menggunakan beberapa laman web untuk menyatakan jawatan Mb perlu di sandangnya olehnya semula selepas PRU13, namun bila ada suara-suara dari golongan Cina yang secara tidak langsung menolak MCA, Zambry semakin kecut teloq,, apakah Zambry akan memegang kembali jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak,,,

Untuk menghilangkan kerisauan tersebut Zambry melalu kuncu-kuncunya memainkan semula isu Nizar bakal akan dijadikan MB Perak jika Pakatan rakyat menang atas desakan DAP, memang betui, sejak selepas dari krisis rampasan negeri Perak oleh ketua penyamun Najib & Co, DAP baru mula nampak akan ketokohan Nizar, malah masyarakat Cina sendiri sukakan Nizar,, jadi apa yang UMNO dok sibuk sangat,,,

Nizar adalah ahli PAS yang berdaftar, pimpinan PAS dinegeri Perak tidaklah kebuloq harta rakyat dan rasuah macam pemimpin UMNO,, pantang lepa, kira nak sapu semuanya...

Dan kami semua ahli-ahli PAS berasa bangga dan amat-amat mengalukan jika Nizar dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak,, apa aku kisah sesiapa pun..

Cina Perak Paling ramai Sokong Pas

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.
Ketuanya, Beh Heng Khim berkata, DHPP Perak menyokong penuh jika hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum itu kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam Isu hudud.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Zainuddin Yusof, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Muhammad K.Y Tiang Abdullah dan pimpinan DHPP Perak

"Setelah mendapat penjelasan daripada Hu Pang Chaw, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya berita tersebut. Berita tersebut bukan keluar daripada kenyataan rasmi beliau," kata Zainuddin yang juga Adun Lubok Merbau.


btmmari.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan