Pengikut

Ahad, 9 Oktober 2011

Zahid dah Sediakan Alat Bunuh Dirinya Sebelum Najib...

Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.
Dan hari ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam Berita Minggu hari ini yang menyifatkan usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud seperti 'menggali kubur mayat yang hancur lebur' sangat mengguris hati. Tidak adakah perumpamaan lain yang nak disebut dalam hal yang membabitkan hukum Allah SWT ini? Sedarkah Zahid Hamidi bahawa Hari Hudud disambut setiap tahun dan bukannya pada tahun pilihanraya sahaja? Menyatakan usaha melaksanakan hukum hudud seperti 'menggali kubur mayat yang hancur lebur' boleh diibaratkan seperti menghina usaha menegakkan hukum Allah SWT..

Lihatlah Komen -komen yang menghentam Ahmad Zahid Hamidi di Wall Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Tak kurang juga yang mengkilk like/suka pada tajuk ini melebihi 1,200orang pemilik akaun facebook.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan