Pengikut

Ahad, 18 Mac 2012

2012 Tahun Melawat Perak atau Tahun Najib Berulang-ulang Melawat Perak..??

Hoi..hoi..ya..hoi..Lanun melawat  Perak..
Hoi..hoi..ya..Zambry banyak susah..tak bleh wat kerja..najib dok mai  saja…..

Najib  sudah 5 kali dan Mahyudin  pula dah masuk 3 kali..itulah tandanya  Thumpo Haoup* UMNO Perak…Sejak awal  Jan 2012 sehingga  ketika aku sedang  menaip ni, sudah naik jemu rakyat  Perak dengan  cerita dan berita tentang  Najib datang  Perak,Najib turun Sitiawan,Najib lawat Bukit Gantang,Najib bersenam Robot di Taiping, Najib ke Cangkat  Lada,Najib ke Beruas,Najib ke Ipoh, Najib kehulu kehilir di perak diselang seli oleh Mahyudin dan yang tumpang seronok pusing2 Perak menunjuk gaya rambut glamour ialah isterinya Najib  iaitu Rosmah Si Gumpal Mayang  turut kehulu-kehilir  dengan fesyen rambut terjojol..jenuh le orang Perak nengok gaya rambutnye ye...hehehe..

Begitu juga dengan Mahyudin yang  boleh dikata-kan sangat kerap turun Perak kebelakangan ini …khabarnya akan datang lagi dalam hujung bulan Mac ini di Daerah Kerian. Dari sumber UMNO disini mengatakan kekerapan  Najib dan Mahyudin datang Perak telah mengakibatkan reputasi  Si Zambry  sebagai MB Perak tergugat..apa tidaknya.. kalau udah kerap bebenor  Najib dan Mahyudin datang melawat ni…udah  tentu ada yang tak kena dan mungkin ada yang akan bakal kena…hahaha.. Tambahan pula  sokongan rakyat di Perak tehadap UMNO BN teramat merosot sekarang ini.

Ada sumber mendedahkan bahawa  dalam setiap lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak akan membuat  Zambry  menjadi  pening,runsing  dan keluh kesah ibarat  seperti  burung gagak betina tua  yang  hendak bertelur. Zambry  terpaksa  mengarahkan setiap ADUN-nya  (BN) di Bahagian-Bahagian untuk mengerah paksa  ahli UMNO untuk datang meramaikan  majlis2 Najib dan Mahyudin . Keadaan ini dilihat seolah-olah Najib dan Mahyudin  sentiasa  ingin menguji sokongan rakyat terhadap UMNO BN di Perak. Kehulu kehilir  dalam Perak  semata-mata nak tengok keadaan sokongan. Jadi Zambry kena buat sesuatu demi menutup keadaan sebenar.

Apa betulkah rakyat  Perak  masih ramai menyokong  UMNO BN..???. Bagi merealisasikan semua itu  maka terpaksalah Bahagian2 UMNO di Perak mengeluarkan pulus  yang banyak…apa tidaknya..!! Nak sewa bas kilang, bas sekolah dan bas estet untuk memunggah dan  mengangkut ahli UMNO  datang..kalau nak harapkan  ahli UMNO datang sendiri dengan kenderaan sendiri..tobat lahom mereka tak datang , paling tidak kena bagi duit minyak dan duit poket..itu  adalah perkara wajib dalam UMNO BN..hehehe…

UMNO Perak juga dikatakan terpaksa  import penyokong  UMNO dari  Kedah, Pulau Pinang dan Selangor untuk menampak-kan  UMNO Perak ramai penyokong. Udah macam team bola sepak UMNO Perak sekarang…penyokong  boleh  di import eksport..hahaha… Hakikatnya ibarat “tokey tipu kuli dan kuli tipu tokey” yang untung tokey khemah majlis dan tokey bas-bas sewa…hahaha…

Aku tak hairan dan tak kisah dengan amalan tabur menabur pulus  dari UMNO Perak tu…sebab sudah menjadi amalan wajib mereka dalam berpolitik dari peringkat atasan hingga ke ahli baru mendaftar..hahaha..

Apa yang agak pelik kalau kita fikirkan ialah mengapa dan kenapa berlaku kekerapan melampau Najib dan Mahyudin melawat Perak…tak mungkin sempena tahun melawat Perak 2012 mereka jadi galak mengila berulang-ulang datang Perak…hahaha…  Nak kata rasmi sesuatu bangunan baru di Perak pun tidak..nak  rasmi jambatan baru di Perak pun tidak…( Jambatan rosak ada le kat Kerian…tunggu laporanye akan datang..haha…) Ada siapa boleh jawap..Apa kejadahnye  Najib dan Mahyudin  kerap sangat datang Perak..???  Hanya wajah murung  Zambry Kadir yang boleh menjawap segala persoalan ini..sebab kalau tanya Zambry pasti dijawap dari mulutnya dengan jawapan berunsur ampu dan bodek kat Najib dan Mahyudin.. sebab kedudukan Zambry dalam politik di Perak jelas nampak pun sudah parah.

Bagi aku..lagi kerap Najib dan Mahyudin datang  melawat Perak bermakna lagi terserlah keadaan  parah UMNO BN  Perak  dan makin jelas terserlah tahap kepercayaan Najib dan Mahyudin terhadap Si Zambry Kadir sudah kurang atau mungkin juga  sudah tiada langsung kepercayaan.  Keadaan ini aku kuatkan lagi dengan semua situasi lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak 90% atas tiket sebagai pemimpin VVIP  UMNO BN bukan sebagai Perdana Menteri dan Tim. Perdana Menteri.  
Zambry  juga harus  sedar  yang beliau  dijemput dengan terkejut  tergempar  menjadi MB Haram di Perak oleh Najib..maka tidak hairanlah jika Najib akan terkejut tergempar  selalu melawat Perak  sekarang ini. Chip Lanun bangsawan  mau test  lanun dari pulau…hasil didiknya.  hoi..hoi..ya..hoi…hahaha..

Najib ke Perak kehulu-kehilir
Rosmah dipikul kesana kemari
Zambry terkedu terpinga terjelir
Kerajaan haram Perak bakal di-akhiri
                                                                               
*Thumpo Haoup – Keadaan sangat teruk,kritikal,parah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan