16 Mac 2012 berlansung di Medan Istana Bandaraya Ipoh berdepan pejabat DAP negeri Perak sebuah majlis sempena sambutan 4 tahun PR Perak yang bertemakan “17 Mac Dalam Ingatan”. Tengok pada tajuk dan lokasi majlis ini memang bagi aku sesuai dan pasti akan berlaku sesuatu yang hebat pada majlis ini..tapi sebelum tu… dah jadi amalan orang kita… minta maaf dulu sebelum tegur,sebelum sindir,sebelum kutuk,sebelum tibai atau sebelum bantai sentuh benda yang agak sensitiv pada telinga dan mata yang membaca atau yang bakal kena…
Nak minta maaf dulu atau nak tegur dulu..aku tak peduli…Santai dalam serius tetap bantai…janji mesej aku sampai…hahaha…
Mula-mula aku nak puji kasi angkat dan kasi lambung tinggi sikit…hahaha…Aku bangga dan aku suka dengan kehadiran pengunjung penyokong PR dari berbagai lapisan bangsa,umur dan jawatan sepanjang majlis ini memang boleh di banggakan, 7 buah khemah buah yang disediakan boleh dikatakan penuh dengan penyokong ,jumlahnya aku tak kira dan tak anggarkan berapa..tapi ramai la..sebab objektif 7 khemah penuh tercapai. Sejak jam 8 malam lagi dah ramai tiba dilokasi,ramai pemimpin otai-otai PR Perak hadir ditambah dengan kehadiran kartunis hebat Br. Zunar dan beberapa pemimpin PR dari luar Perak…memang hebat..hinggakan peniaga bihun sup dari Kuala Lumpur pun datang berniaga malam tu…..sempat juga aku pekena bihun sup malam tu… hahaha…
Dimaklumkan juga penyokong PR ada yang datang dari Beruas,Bukit Gantang,Bagan Serai,Selama,Lumut dengan kenderaan sendiri… jauh tu yob..!!! kalau majlis anjuran UMNO BN..tobat lahum orang UMNO tak datang,orang UMNO BN kena ada bas upahan dan duit upahan sokongan…hahaha..
Pemimpin PR harapan rakyat Perak yang hadir
Aturcara perjalanan majlis pun hebat disusun atur …pengacara majlis aku tengok macam anugerah lagu peringkat kebangsaan ada 3 orang, sorang melayu,sorang cina dan sorang india…ini yang paling aku suka. Pengisian majlis pun boleh dikatakan ok..ada persembahan kumpulan muzik,persembahan drama yang mencuit hati,pertujukan santai Br.Zunar dalam melukis kartun, acara lelongan untuk dana PR pun rancak dan diselang seli dengan pidato ceramah ringkas dari pemimpin PR. Semuanya hebat…semuanya bagus…semua ok…semuanya beressss…semuanya menarik…JADI APA KELEMAHANYA…???
Haaaaa…dah dilambung kan..?? dah puji betoi tak…?? dah kena jeck kan..?? Haaa…sekarang aku part membantai dalam santai dalam serius …sikit je hal nye…hahahaha….
Aku hairan..!!! Apa kejadahnya… dalam sebegini punya grand program…kenapa tiada layar atau skrin projektor di pacak di lokasi..?? Memang nampak remeh perkara macam ni..tapi ramai pengunjung yang merunggut,mereka persoal kan perkara ni…sedangkan ceramah2 kat kawasan,cawangan atau ranting ada benda projektor ini dipacak. Ini adalah keperluan yang penting dalam sesuatu program sebegini..sudahlah datang jauh-jauh nak tengok majlis ni, kerusi dalam khemah dah penuh..ada yang terpaksa duduk luar khemah dan terpaksa berada jauh dari pentas utama…apa nak nampak..??? bukan datang semata-mata nak makan kacang kuda..datang nak tengok,nak dengar, nak ambil informasi…Sudah la masaalah sound sistem dah jadi kelaziman kebanyakan majlis..kejap ok..kejap tidak….kalau ada skrin projektor boleh lah yang duduk dibelakang-belakang nampak apa yang berlaku kat depan.
Hish..!!! Tak faham aku kenapa jadi macam ni..????
Satu lagi masaalah lampu malap,tak cerah,tak terang di khemah pentas utama,disitu adalah point utama tumpuan mengapa orang datang..yang datang mesti nak tengok pentas utama,nak tengok apa aksi,apa jadi dan apa berlaku semuanya di pentas utama..bukan nak tengok dimeja bihun sup yang terang benderang dengan lampu peniaga tu…hahaha.. ini majlis terbuka,kena kasi terang suasana..bukan majlis dalam gelap. Ramai yang bawa kamera vedio malam tu.. merungut pasal lighting kurang…apa susah ka nak tambah biar 10 lampu kat situ..??? mereka semua nak merakamkan saat-saat mungkin berharga dan bernilai untuk dikongsi dengan rakan sahabat yang tak datang atau mungkin untuk simpanan peribadi untuk di tunjuk-kan kepada anak-anak atau ganerasi akan datang..
Hampehh betoi..!!! Lampu dalam khemah utama memang suram macam cahaya lampu bilik tidur…apa kejadahnya kalau rakaman tu semua nampak kabur dan gelap…Lampu tandas awam lagi clear…hahaha….
Aku pun tak tahu siapa yang mengelolakan semua tu…yang penting aku dan rakan sahabat tak puas hati serta wajib kena luahkan dan bukan masanya nak bagitahu kelemahan yang berlaku pada masa tu....sebab perkara ini semuanya basis dalam sesuatu penganjuran.Aku cadangkan PR perlu ada badan pemantauan dalam setiap penganjuran majlis sebegini..biar orang kita tegur..(macam aku…hehehe..) jangan sampai orang lain sindir dan anggap satu kelemahan berpanjangan dan senjata kepada mereka…UMNO BN lah tu…haha..
Pakatan Rakyat berhasrat tinggi nak kembali terajui pemerintahan negeri Perak dan impian utamanya ialah menawan Putra Jaya dari UMNO BN. Sewajarnya kelemahan sebegini harus di titik berat untuk diperbaiki…… Orang kata “tegur tu tanda sayang”…hahaha…semua dalam PR harus ingat yang politik tanah air ini bergantung pada jumlah angka, siapa dapat angka tertinggi maka dia-lah pemenangnya, PR bukan macam UMNO BN yang boleh tabur angka RM yang tinggi untuk politik. PR hanya bergantung pada semangat yang setia dan ketinggian moral semua ahli . Jadi untuk tingkatkan semangat dan menyinarkan moral penyokong PR maka wajiblah dicerahkan pentas2 utama dan wajib diadakan skrin projektor untuk meningkatkan angka-angka demi impian semua rakyat…PR ke PUTRAJAYA..!!!!
Penyokong PR yang hadir ramai terpaksa terjenguk-jenguk ke pentas utama
7 buah Khemah dah penuh yob...
Antara kumpulan anak muda PR yang hebat menunjuk-kan bakat
agak malang saoud sistem sikit merosak-kan persembahan.
Penulis Orang ni mengambil peluang disini nak ucap selamat ulang tahun kelahiran kepada DS Nizar (17 mac 2012) yang keberapa aku tak tahu, semoga Dato Seri beroleh nilai usia yang penuh keberkatan dariNya..amin..
Nak belasah tu belasah ja la, tak payah nak minta-minta maaf. Kita belasah pasai depa buat salah bukan depa buat salah pasai kita belasah...
BalasPadamNak minta maaf tunggu program Jamuan Raya... Hahaha...
Hahaha... Cenangau memang bau kari..
BalasPadamKami ambil perhatian segala komen yang diberikan. Tak perlu kami mempertahankan kelemahan yang ada pada program tersebut. Kalau bro berminat, kami mau bikin event yang kasi 'senak perut'.
BalasPadam