Tak fahamlah aku..!!!
Dalam keadaan banjir yang berlaku di Jalan Matang, Kampung Jelapang,Simpang Halt dan sekitar Parlimen Bukit Gantang Perak beberapa hari lepas telah mengakibatkan musibah berlaku yang banyak menenggelamkan kediaman penduduk disini. Kesemua mangsa sudah tentu dalam keadaan sedih kerana menghadapi kesulitan dalam kehidupan seharian mereka berikutan banyak harta benda yang telah musnah,sewajarnya dihulurkan bantuan seumpama penempatan sementara,makan,minuman air bersih atau hulurkan tenaga kerja untuk berbagai tugas yang boleh dibuat. Itulah yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga dari Jabatan Unit Amal PAS dari Bukit Gantang yang berkampung dilokasi kejadian. [ Klik Sini ]
Tapi lain hal pula dengan PKR Kuala Sepetang….Pelik punya kerja pada pendapat penulis Orang ni. Dalam kesibukan anggota Unit Amal PAS Bukit Gantang menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir..ahli-ahli PKR yang penulis pun tak tahu apa jenis penugasan mereka telah turut serta sibuk..mereka (PKR) bukan sibuk hulur bantuan tapi sibuk menghulurkan kertas-kertas A4 berupa risalah yang dicetak diatasnya mengenai isu-isu kenaikan harga barang dan sebagainya…- Cis..!! bodoh punya kerja..!!!
Seorang mangsa banjir menemui penulis berkata pihak PKR Kuala Sepetang macam tidak peka langsung serta tidak prihatin dengan keperitan mangsa banjir. ”Kami mahu bantuan segera dalam masaalah banjir…bukan masanya nak berfikir masaalah isu kenaikan harga barang, mereka (PKR) teramat salah tempat untuk itu”- kata seorang penduduk.
Penulis Orang ni pun hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. Tidak terfikirkah PKR Kuala Sepetang dengan situasi banjir..?? YB Tai Sing Ng janganlah seperti menangguk didalam air banjir (gambar kiri), Semasa banjir berlaku mangsa-mangsa mahukan usaha seperti menyelamat kan mangsa terperangkap,penempatan mangsa banjir,lokasi atau bilik gerakan banjir untuk petugas,kain selimut,tikar,makanan,minum dan sebagainya….bukan mangsa banjir nak baca risalah berunsur politik masa tu…tiada masa pada mangsa banjir nak serabutkan fikiran dengan nak baca risalah dan tiada masa nak main politik sedemikina masa bencana. Kalau PKR Kuala Sepetang nak cari publisiti politik pun dalam waktu bencana banjir….janganlah tujuk-kan kebodohan diri.
Dimaklumkan juga bahawa anggota dari Unit Amal PAS Bukit Gantang pun terkilan dan terkejut dengan kejadian tersebut. Apa tidaknya… semasa anggota Unit Amal sibuk agihkan makanan kepada mangsa…anggota PKR Kuala Sepetang pun sibuk juga dengan edarkan risalah. Kalau tolong sama dalam misi bantuan tu tak apa la.. Sehinggakan anggota Unit Amal ada yang disindir oleh mangsa banjir dengan berseloroh berkata “ datang ni nak bagi risalah ke…? kami tak makan kertas dan risalah tu nak buat selimut pun tak boleh”
PKR Kuala Sepetang teramat -amat-amat -amat-amat-amat -amat-amat perlu baiki gerakerja dalam apa saja tindakan. YB ADUN Kuala Sepetang ( PKR ) wajar ubah pendekatan…sebelum rakyat ubah pendirian....PRU pun dah dekat, jangan sibuk melobi kerusi PKR di Perak..tapi sibuklah dengan tugas yang diamanahkan didalam kesuntukan masa ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan