Terbukti memalukan persatuan..!!!
31 Mac 2012 -- Simpang Taiping Perak: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Dun Kuala Sepetang telah bermesyuarat Agong kali ke -17 disini. Telah dirasmikan oleh Dato Hj Ismail bin Saffian. (Calon UMNO BN yang tewas dengan DS Nizar dalam PRK Bukit Gantang lalu ).
Menurut rakan aku yang menghadiri mesyuarat ini mengesahkan kehadiran ahli pada mesyuarat tersebut amat-amat merosot dan memalukan,hanya 40 ahli bekas anggota tentera yang hadir. Sedangkan sedia maklum bahawa di sekitar Kuala Sepetang khusunya di Taiping ini mempunyai bilangan pesara tentera yang teramat ramai. Rata-rata yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah dilihat mereka yang hanya cenderong menyokong UMNO BN saja. Juga dimaklumkan ada sesetengah yang hadir seketika kemudianya angkat kaki pulang apabila mendapat tahu perasminya ialah Ismail Saffian yang juga Setiausha sulit kana kepada MB Zambry Kadir. Sehingga begitu sekali bekas dan pesara tentera menolak mereka-mereka ini.
Juga dimaklumkan bahawa pihak PBTM Kuala Sepetang ada memaklumkan bahawa ada terdapat 400 Lot tanah untuk bekas anggota tentera disini pohon. Perkara tersebut telah disanggah oleh salah seorang ahli didalam mesyuarat dengan mengatakan ini semua kelentong besar. Mengikut sumber lagi mengatakan janji-janji kosong sedemikan sudah lama di lambakan kepada ahli PBTM sejak sekian lama. Hakikat sebenarnya sudah banyak permohonan tanah dibuat oleh ahli PBTM disini yang berkesudahan menanti dan terus menanti hingga kini dan yang berjaya dalam permohonan hanya dari puak kroni UMNO BN sahaja. PBTM jelas dilihat sebagai sebuah persatuan yang berkepentingan politik terhadap UMNO BN saja. Mereka yang sanggup bodek dan ampu terhadap kepimpinan UMNO BN saja mampu berada didalam-nya.
Satu perkara yang memalukan dan boleh dianggap gagal bagi PBTM Cawangan Kuala Sepetang ialah mengenai penyata keewangan yang di selitkan dalam dokumen minit mesyuarat tersebut. Bukan aku hendak mempertikaikan mengenai urus tadbir segala jumlah didalam penyata tersebut yang dilihat baki akhirnya tak sampai RM250 saja, apa yang menjadi muskhil dan pelik mengapa tiada tanda tangan dari Bendahari Kehormat dan 2 pemeriksa kira-kira..??? Adakah sah penyata akaun sedimikian dalam sesuatu mesyuarat..?? Amat memalukan sebuah persatuan yang konon-nya gah membela bekas anggota tentera Malaysia tetapi menunjukan kelemahan dalam perkara asas sedemikian…Adakah penyata tersebut tidak ditanda tangan kerana menunjukan ada unsur-unsur negetif…?? 1001 persoalan boleh ditimbulkan….hahaha….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan