Pengikut

Selasa, 1 Mei 2012

BERSIH 3.0 ~ 28 April 2012 adalah Hari Merdeka Rakyat – DSAI


1 April 2012 ~ Ipoh Perak:  
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapanya  didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak di sini telah menyatakan bahawa apa yang terjadi pada 28 April 2012 yang lalu adalah suatu perhimpunan yang di istiharkan sebagai Hari Merdeka Rakyat,ini kerana dengan jumlah peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang dengan satu matlamat utama iaitu menuntut  sistem pilihanraya dinegara ini supaya dilakukan secara adil dan telus.

DSAI bersama peserta konvensen PR  Perak didalam dewan di Ipoh semalam

Kehendak  dan harapan rakyat  tanahair ini yang mencecah  300ribu orang yang hadir hanya ingin berhimpun di atas Dataran Merdeka untuk tempoh 2 jam bagi menyampaikan mesej  ketidakpuasan hati dengan  Suruhanjaya Pilihan Raya  bagi menuntut  8 tuntutan ,namun ianya ditolak tanpa alasan munasabah oleh beberapa pemimpin UMNO BN. Adakah alasan Dataran Merdeka akan digunakan dengan majlis peringkat Kebangsaan boleh digunapakai..?? Dan adakah selama ini seperti acara senam robik bersama Najib dan Rosmah di-anggap majlis Kebangsaan..??  
DSAI menyampaikan amanat didalam konvensen Pakatan Rakyat Perak

Mesej ini jelas menunjukan bahawa semua rakyat sudah tahu dan arif dengan apa yang berlaku didalam sistem pilihanraya dinegara ini tidak berada dilandasan yang betul selama ini. DSAI juga menegaskan  apa yang berlaku didalam perhimpunan tersebut  bukanlah suatu ancaman kepada negara ini,sebaliknya  BERSIH di anjurkan untuk  menuntut keadilan demi keamanan negara dimasahadapan dan kekecohan yang berlaku antara peserta dan pihak keselamatan pada hakikatnya adalah disebab oleh arahan pemimpin UMNO BN yang mengarahkanya dan pihak Polis juga  diheret sama didalam melakukan kezaliman ini disebabkan UMNO BN. 


Sekiranya peserta BERSIH 3.0 yang mencecah 300ribu orang ini datang dengan tujuan untuk membuat rusuhan di ibunegara,bukan sahaja sebuah kereta…malah kenderaan watercanon sekalipun mampu diterbalik-kan dan tentu berpuluh mungkin beratus anggota Polis akan cedera,hakikat sebenar yang berlaku bukan begitu. Kebanyakan kejadian ganas yang berlaku sudah dikenali pasti adalah disebabkan tindakan provokasi  mencetus huru-hara terancang dari  mereka yang menjaga keselamatan itu sendiri,dengan bertujuan memburukan peserta BERSIH 3.0 yang datang dengan hasrat yang baik untuk negara.

DSAI bersama peminat kecil ketika mengunjungi gerai dipekarangan Dewan Konvensen 

Maka tidak hairanlah  banyak sumber  maklumat dari dalaman PDRM terbocor kepada awam…ini semua kerana ramai anggota PDRM yang tidak setuju dengan tindakan UMNO BN…Contohnya gambaHishamuddin Hussin sedang mengunakan teropong disebuah bangunan tinggi untuk tengok perhimpunan BERSIH 3.0.  Secara logiknya mana mungkin gambar ini tersiar di alam siber jika tiada yang mendedahkanya…dan siapa yang mendedahkanya..??? Hahaha….Terima Kasih Polis aku ucapkan…haha…

Hishamuddin dikantoikan oleh orang dikelilingnya sendiri..hahaha..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan