Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

Peniaga dan pemandu teksi ibukota disedikan skrip khas untuk BERSIH 3.0


1 April 2012
Kemunting Jaya Taiping Perak~ Datuk Mahfus Omar dalam ceramahnya disini menyentuh tentang kejadian BERSIH 3.0 baru-baru ini. Dimana pihak media massa arus perdana yang bersetonggkol dengan UMNO BN telah menyiarkan berita konon-nya peniaga dan pemandu teksi di ibukota Kuala Lumpur mengalami kerugian besar akibat kejadian perhimpunan BERSIH 3.0 .

Media-media pengampu ini telah menemubual  beberapa  pemandu teksi yang konon-nya rugi besar pada hari tersebut dengan menyalahkan penganjuran BERSIH 3.0, namun pada hakikat sebenarnya pada hari tersebut pihak polis telah menutup 50 buah batang jalan di sekitar ibukota. Jadi wajarlah pemandu teksi tidak boleh beropersi…50 jalan ditutup..!!! Teksi bukan boleh terbang…teksi kena guna jalan raya. Polis tutup 50 jalan…jadi patutlah mereka tak boleh jalan,sewajarnya pemandu teksi pada hari tersebut mendapat untung banyak sebab ramai  manusia di ibukota..jadi sebagai nak alih isu,pihak UMNO BN terpaksa putar belit  cerita dengan menyediakan skrip kepada pemandu yang ditemubual dan mungkin juga diberi sedikit imbuhan wang ringgit kepada pemandu teksi untuk memberi kenyataan sedemikian. Begitu juga dengan peniaga disekitar ibukota,ada sumber memaklumkan pihak DBKL mengarahkan semua premis  ditutup dan diberi  sogokan sebagai saguhati kepada pemilik premis perniagaan  tutup pada 28 april.

YB Mahfus Omar juga merakam ucapan tahniah kepada semua peserta BERSIH 3.0 diseluruh tanahair dan seluruh dunia,beliau juga percaya bahawa ramai dikalangan anggota keselamatan sendiri tidak suka dengan arahan yang datang dari pimpinanan UMNO BN untuk mencetuskan huru-hara pada hari tersebut.  Beliau  berkata pertembungan antara peserta BERSIH semalam bukanlah dengan polis. Memang  yang menembak,menendang,membelasah itu polis,tapi hakikat  sebenarnya ialah perserta BERSIH bertempur dengan UMNO BN,kerana arahan itu datangnya dari orang-orang UMNO BN. Jesteru itu YB Mahfus mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis yang berjaya melaksanakan tugas pada BERSIH 3.0,ini kerana dengan tindakan agak ganas dan kasar polis itulah yang menyebabkan lebih ramai lagi rakyat menolak kerajaan yang zalim UMNO BN.

** UMNO BN sekarang sudah tengelam punca dalam semua tindakan..BERSIH 3.0 menuntut keadilan  dan ketelusan dalam pilihanraya tanahair,BERSIH dianjurkan khas untuk nyatakan hasrat rakyat  tidak  puashati  dengan  Suruhan Jaya Pilihanraya tapi kenapa UMNO BN pula yang jelas nampak gelisah tidak tentu hala..??   Hahaha…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan