Pengikut

Selasa, 12 Jun 2012

36 Jalan di ibukota akan ditutup...pengusaha teksi tak rugi ke...???

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dua laluan melibatkan kawasan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Dataran Merdeka sempena Standard Chartered KL Marathon 2012 pada 24 Jun ini.

   

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata penutupan jalan itu bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar dan menjaga keselamatan peserta yang dijangka seramai 28,000 orang.

   

Acara bermula di Dataran Merdeka.

   

"Kita akan menempatkan 400 anggota, pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan dan jalan akan ditutup secara berperingkat 15 minit sebelum pelepasan pertama dibuat iaitu pukul 4.00 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

   

Katanya orang ramai dari Kepong yang ingin memasuki pusat bandar boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail manakala pengguna dari Kajang boleh melalui Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Loke Yew.

   

"Mereka dari lebuh raya Seremban boleh menggunakan Jalan Tun Razak, bulatan Sungai Besi, Jalan Loke Yew dan Jalan Sultan Ismail manakala dari arah Setapak boleh menggunakan laluan di bulatan Pahang," katanya.


Katanya sebagai persiapan bagi program tersebut, Dataran Merdeka akan ditutup pada 22 Jun bermula pukul 10 malam sehingga berlangsungnnya program.

   

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Bulatan Hishamuddin, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambathan, Jalan Syed Putra, Jalan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Sg. Besi, Jalan Istana, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Bulatan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salehuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut, Jalan Semarang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

   

Katanya jalan akan dibuka semula selepas Marathon itu selesai pada 12 tengah hari, 24 Jun. - Bernama


** Bukan aku anti acara sukan..melihat senario BERSIH 3.0 yang lepas riuh drive teksi konon rugi besar sebab banyak jalan ditutup..ini 36 jalan bakal ditutup tak rugi ke...?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan