Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

[Bukti UMNO terlibat] Isu sita Bangunan UMNO Bukit Gantang : YB Rosli kata “Bukan masaalah UMNO”


Hari ini 27 Jun 2012~  Akbar Sinar edisi Perak  tersiar kenyataan dari ADUN Terong yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang  YB Datuk Rosli  Husin. Dalam kenyataan tersebut  beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. Penafian YB Rosli ini tidak ubah seperti  cuba  kelentong rakyat. "Bukan masaalah UMNO" ...abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli konon-nya  isu penyitaan itu berkaitan dengan sebuah  syarikat pemaju dengan Pusat  Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak terlibat katanya.

Inilah lawak penafian kelentong YB Rosli ADUN Terong…
kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping  mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit Gantang [Klik Sini]  dan [Sini]  Adakah itu kesilapan pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? kalau mengatakan  yang membuat keputusan penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.

Menurut sumber maklumat  yang diterima dari penduduk Terong sendiri yang mana  dikatakan Pusat  Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ didakwa sememang UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu terlibat dalam projek tersebut. Maka  sebab itulah alamat surat menyurat projek Pusat  Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang. Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti  “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan menjadi putih..”. YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya...walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.

 Lihat lah dokumen yang membuktikan UMNO Terong didalam Parlimen Bukit Gantang terlibat  dalam projek  Yayasan Darul Ta’alim…. Sekarang mau nafikan sebab malu ke..??? haha…

 Keratan akbar Sinar 27 Jun 2012 mengenai penafian YB Rosli - Bukan Masaalah UMNO… masaalah Najib atau Rosmah atau Zambry Kadir...??? hehehe...

INILAH GAMBAR  DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM  KEPUNYAAN UMNO TERONG
Nampak tak bangunan sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.

 Janji Ditepati….Beberapa batang tiang cerucuk boleh dilihat dalam semak samun di kilometer 9 jalan Terong Taiping Perak sebagai tanda inilah projek UMNO yang mengakibatkan Bangunan UMNO Bukit Gantang disita…hahaha…

*Klik Gambar2 untuk leih jelas:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan