Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bukit Gantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Gantang. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Terkini: Nizar Calon N14 Changkat Jering - Ustaz Abu Bakar Hussian


Bukit Gantang 18 Mac-- Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian  pada  malam  tadi telah mengistiharkan bahawa DUN N14 Changkat Jering akan ditandingi oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada pilihanraya umum ke-13.

“Dengan mandat yang diberikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang bermesyuarat semalam dan dengan diperkenankan oleh Datuk Setiausaha Agung. Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia PAS akan bertanding di DUN N14 Changkat Jering pada PRU yang akan datang. Calon yang telah disenaraikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak ialah  Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin “ – Sebahagian ucapan pengistiharan dari Ustaz Abu Bakar Hussian.
Ust Abu Bakar (Tengah) bersama Dr Muhaimin dan Tn Haji Razman semasa ditemubual  wartawan
Dalam sidang media pada akhir majlis mengisytiharkan ini juga Ustaz Abu Bakar Hussian  menyatakan DUN bagi negeri Perak,PAS akan meletakan  calon bertanding di  22 kerusi, PKR 19 kerusi dan DAP 18 kerusi. - Orangni blogspot

** Rakaman Video Berkaitan akan menyusul
......................................



Rabu, 27 Jun 2012

[Bukti UMNO terlibat] Isu sita Bangunan UMNO Bukit Gantang : YB Rosli kata “Bukan masaalah UMNO”


Hari ini 27 Jun 2012~  Akbar Sinar edisi Perak  tersiar kenyataan dari ADUN Terong yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang  YB Datuk Rosli  Husin. Dalam kenyataan tersebut  beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. Penafian YB Rosli ini tidak ubah seperti  cuba  kelentong rakyat. "Bukan masaalah UMNO" ...abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli konon-nya  isu penyitaan itu berkaitan dengan sebuah  syarikat pemaju dengan Pusat  Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak terlibat katanya.

Inilah lawak penafian kelentong YB Rosli ADUN Terong…
kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping  mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit Gantang [Klik Sini]  dan [Sini]  Adakah itu kesilapan pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? kalau mengatakan  yang membuat keputusan penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.

Menurut sumber maklumat  yang diterima dari penduduk Terong sendiri yang mana  dikatakan Pusat  Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ didakwa sememang UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu terlibat dalam projek tersebut. Maka  sebab itulah alamat surat menyurat projek Pusat  Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang. Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti  “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan menjadi putih..”. YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya...walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.

 Lihat lah dokumen yang membuktikan UMNO Terong didalam Parlimen Bukit Gantang terlibat  dalam projek  Yayasan Darul Ta’alim…. Sekarang mau nafikan sebab malu ke..??? haha…

 Keratan akbar Sinar 27 Jun 2012 mengenai penafian YB Rosli - Bukan Masaalah UMNO… masaalah Najib atau Rosmah atau Zambry Kadir...??? hehehe...

INILAH GAMBAR  DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM  KEPUNYAAN UMNO TERONG
Nampak tak bangunan sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.

 Janji Ditepati….Beberapa batang tiang cerucuk boleh dilihat dalam semak samun di kilometer 9 jalan Terong Taiping Perak sebagai tanda inilah projek UMNO yang mengakibatkan Bangunan UMNO Bukit Gantang disita…hahaha…

*Klik Gambar2 untuk leih jelas:

Isnin, 18 Jun 2012

[ Update ] Isu WWW1: Pusat Khimat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang didatangi Polis dari Johor

18 June 2012 - Pusat  Khidmat  Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi beberapa anggota polis di negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l  Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu. Dipercayai berkaitan dengan isu twitter Dato Seri Nizar mengenai  plat WWW1 yang menjadi konterversi baru-baru ini.

Soalsiasat serta  mengambil bahan  gambar sumber berlansung dengan harmoni berikutan kerjasama yang diberikan pihak staf pusat khidmat ini dengan pihak polis yang mengambil masa hanya sekitar 45minit.

Menurut sumber disini menyatakan tiada sebarang  bahan bukit dirampas atau dibawa keluar dari pejabat  pusat khidmat kepunyaan PAS Bukit Gantang disini tadi.

Kenderaan Polis dihadapan Pejabat Pusat Khidmat 

Warrant

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 16 Jun 2012

UMNO Bukit Gantang guna pejabat HARAM untuk sambut Muhyiddin

UMNO Perak menambah koleksi haram...itulah ungkapkan tepat buat UMNO di Perak khususnya UMNO Bukit Gantang.

Tak cukup dengan berkuasa secara haram dan kali ini UMNO Bukit Gantang sanggup menghina perintah mahkamah kerana menceroboh mengunakan bangunan yang telah disita.

UMNO Bukit Gantang kononya terpaksa gunakan bangunan ini kerana nak buat kerja sempena Muhyiddin datang hari ini 17 Jun 2012 untuk program " Janji diKelentongi".


Yb Rosli ADUN Terong nak sambut Timbalan Perdana Kelentong wajarlah guna kuasa haram,bangunan haram dan buat kerja haram...itulah UMNO...


** Berita kerja haram UMNO Bukit Gantang sudah tersiar di akbar sinar edisi Perak hari ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 15 Jun 2012

[ Terkini ] Usul Sumpah Laknat UMNO Bukit Gantang yang kini dimakan sumpah

Demi mencari kepercayaan yang amat pudar terhadap UMNO sekarang ini maka UMNO terpaksa bermain dengan sumpah...mereka kononya akan bersumpah tidak rasuah,tidak tipu,tidak kelentong...tapi itulah amalan wajib bagi pemimpin UMNO dulu kini selamanya..


Lihatlah contoh termakan sumpah terkini ialah UMNO Bukit Gantang yang apabila bangunan UMNO  yang  melambangkan maruahnya telah disita oleh mahkamah pada hari ini berikutan pihak UMNO Bukit Gantang dikatakan gagal dalam perjanjian sebuah projek jutaan ringgit beberapa tahun yang lalu.


UMNO memang pandai berjanji,kononya kini dijaja seluruh negara program janji ditepati...janji kelentong ditepai itulah maksud sebenarnya.


Ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih...


Published with Blogger-droid v2.0.4